PERSEPSI PELAJAR BERKAITAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KESEDIAAN MENGHADAPI UJIAN AMALI SECARA BERSEMUKA DI KOLEJ VOKASIONAL NEGERI JOHOR

Authors

  • Muhammad Syafiq Alias Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Izzuan Mohd Ishar Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia

Abstract

Semua sekolah termasuk kolej vokasional telah ditutup lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Oleh itu, kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta penilaian terhadap kerja amali bagi matapelajaran Sistem Pemasangan Bumbung telah diubah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan PdP perlu dijalankan secara atas talian manakala ujian amali perlu dijalankan secara bersemuka. Maka, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti keberkesanan pembelajaran amali secara atas talian terhadap tahap kesediaan pelajar menghadapi ujian amali secara bersemuka. Responden kajian terdiri daripada 166 pelajar Semester tiga program Teknologi Pembinaan di enam buah kolej vokasional di negeri Johor. Instrumen kajian terdiri daripada 54 item yang mengukur empat konstruk iaitu persediaan menghadapi pembelajaran amali secara atas talian, pembelajaran amali secara atas talian, tahap keberkesanan pembelajaran teori secara atas talian dan tahap keberkesanan pembelajaran amali secara atas talian. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati majoriti pelajar bersedia untuk menghadapi pembelajaran amali secara atas talian. Tahap keberkesanan pembelajaran teori dan amali secara atas talian berada pada tahap tinggi. Inisiatif yang boleh dilakukan untuk menambaik pembelajaran amali secara atas talian ialah guru perlu menguasai aplikasi atas talian yang terkini dan modul offsite untuk kegunaan pelajar perlu dihasilkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Muhammad Syafiq Alias, & Mohamad Izzuan Mohd Ishar. (2024). PERSEPSI PELAJAR BERKAITAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP KESEDIAAN MENGHADAPI UJIAN AMALI SECARA BERSEMUKA DI KOLEJ VOKASIONAL NEGERI JOHOR. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1885