PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN DI JOHOR BAHRU DALAM PEKERJAAN 3D
Abstract
Pekerjaan 3D merupakan istilah yang sinonim dengan pekerjaan yang kotor (dirty), bahaya (dangerous) dan sukar (difficult) seperti dalam bidang pembuatan, pembinaan, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Segelintir masyarakat kurang berminat untuk menceburi bidang ini kerana risiko yang tinggi dan membahayakan pekerja di samping nilai upah yang tidak setimpal dengan keadaan pekerjaan tersebut. Untuk memenuhi keperluan kajian ini terdapat tiga persoalan yang digunakan iaitu tahap pengetahuan, tahap kemahiran sedia ada dan tahap kesedaran pelajar perempuan berkaitan dengan pekerjaan 3D ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada sejumlah 175 orang responden bagi pelajar tingkatan empat dan lima sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah perempuan di Johor Bahru dalam pekerjaan 3D (dirty, dangerous, and difficult). Keputusan tahap pengetahuan pelajar perempuan dalam pekerjaan 3D dan tahap kemahiran sedia ada pelajar perempuan dalam pekerjaan 3D iaitu menunjukkan nilai min sederhana. Manakala tahap kesedaran pelajar perempuan dalam pekerjaan 3D menunjukkan nilai min tinggi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Aisyah Yakop, Mohamad Izzuan Mohd Ishar, & Naldo Janius. (2024). PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN DI JOHOR BAHRU DALAM PEKERJAAN 3D. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1886
Issue
Section
Articles