KAJIAN KEPERLUAN KANDUNGAN MODUL ASAS PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Abstract
Dalam penyelidikan mengenai pembangunan modul, kajian analisis keperluan dijalankan bagi memastikan modul yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan dan spesifikasi pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan kandungan modul pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, dalam usaha menambah baik tahap penguasaaan guru berkaitan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah. Bagi mewujudkan sebuah modul digital yang dapat memenuhi keperluan guru sebagai pengguna, analisis keperluan dijalankan terhadap lima orang guru sekolah di daerah Kubang Pasu. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa struktur dan teknik pensampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan sampel. Data kualitatif daripada temu bual dikategorikan dan dianalisis untuk mengenal pasti tema dan memahami data. Analisis data telah mengenal pasti empat tema utama iaitu: (1) Pengetahuan guru berkaitan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, (2) Kemahiran guru berkaitan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, (3) Sikap guru berkaitan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, dan (4) Ciri-ciri modul yang diharapkan oleh guru adalah ringkas, mudah difahami dan disertakan video tunjuk cara perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah. Analisis keperluan menunjukkan bahawa modul digital asas pendekatan pembelajaran berasaskan masalah mempunyai potensi untuk dibangunkan. Selain daripada empat tema utama yang dikenal pasti, cadangan dan spesifikasi yang diperoleh daripada temu bual memberi maklumat yang berguna untuk membangunkan kandungan modul. Penemuan ini akan digunakan untuk mereka bentuk dan membangunkan kandungan modul dalam fasa seterusnya. Penemuan ini diharapkan dapat membantu menghasilkan modul pengajaran digital yang mampu memberi idea kepada guru untuk mengaplikasi pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya memastikan impak positif kepada pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Ros Eliana Ahmad Zuki, Noormawati Razali, Dzafira Mohd Sharani, & Siti Nur Aiza Razali. (2024). KAJIAN KEPERLUAN KANDUNGAN MODUL ASAS PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1893
Issue
Section
Articles