PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN GURU TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN STEM TERADUN

Authors

  • Yusmarini Yusoff Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Mohd Ali Samsudin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Norfarah Nordin Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nurul Azah Ani Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Abstract

Artikel ini menjelaskan tentang proses reka bentuk pengajaran yang berteraskan model ADDIE untuk pembangunan Modul Latihan Guru tentang Pendekatan Pembelajaran STEM Teradun. Modul latihan merupakan panduan yang digunakan oleh guru semasa proses pembelajaran iaitu latihan guru. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menerangkan aplikasi model ADDIE dalam pembangunan Modul Latihan Guru tentang Pendekatan Pembelajaran STEM Teradun dan menerangkan kandungan Modul Latihan Guru tentang Pendekatan STEM Teradun untuk guru Sains sekolah menengah. Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pengkaji sendiri telah menjalankan beberapa siri perbincangan dan taklimat dalam proses pembangunan modul latihan ini yang mengambil masa lebih kurang enam bulan bermula Mei hingga Oktober 2021. Peringkat seterusnya adalah mendapatkan kesahan modul daripada enam pakar yang berpengalaman dalam bidang STEM. Dapatan menunjukkan pembangunan Modul Latihan Guru tentang Pendekatan Pembelajaran STEM Teradun melibatkan semua fasa dalam model ADDIE iaitu Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Pada akhirnya, pengkaji berjaya menghasilakan Modul Latihan Guru tentang Pendekatan Pembelajaran STEM Teradun yang menekankan peranan model SAMR untuk menjelaskan bagaimana aplikasi digital berfungsi sebagai pengupaya dalam peningkatan tahap pengintegrasian STEM dan pendekatan pembelajaran yang STEM dalam topik berkaitan Perubahan Iklim.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Yusmarini Yusoff, Mohd Ali Samsudin, Norfarah Nordin, & Nurul Azah Ani. (2024). PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN GURU TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN STEM TERADUN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1896