KOMITMEN GURU DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID ORANG ASLI DI PEDALAMAN: SATU KAJIAN KES

Authors

  • Ainisaadah Mohd Saod Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Nurul Aliah Ahmad Rushdi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Azreen Anoar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Mohd Aswad Aziz Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Aziah Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Abstract

Cabaran utama guru dalam meneruskan khidmat profesionalisme mereka dalam bidang pendidikan adalah mengajar di sekolah pedalaman yang lazim dikaitkan dengan keadaan yang serba kekurangan terutamanya dari aspek infrastruktur dan fasiliti sama ada untuk kehidupan seharian guru mahupun untuk pelaksanaan tugas pengajaran mereka. Satu aspek penting yang perlu ada pada diri guru dalam mendepani cabaran tersebut adalah komitmen. Kajian lepas mendapati guru yang mempunyai komitmen tinggi mampu mendepani apa jua cabaran untuk memberikan kualiti pendidikan yang terbaik kepada anak didik mereka. Justeru kajian ini berusaha untuk meneliti komitmen yang wujud dalam diri guru-guru yang bertugas di sebuah sekolah orang Asli di pedalaman Perak dalam memberikan yang terbaik kepada murid-murid di sekolah berkenaan agar tidak jauh ketinggalan daripada rakan-rakan seumur mereka di sekolah yang terletak di kawasan bandar mahupun pinggir bandar. Pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes ini dijalankan di sebuah sekolah orang asli yang terletak di kawasan pedalaman Perak, Malaysia. Sebanyak empat orang guru telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Teknik temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian telah digunakan bagi memahami fenomena sebenar berkaitan komitmen yang wujud dalam diri responden kajian. kajian mendapati bahawa motivasi intrinsik dan ekstrinsik, jaringan dan jalinan dan pembangunan profesional dapat meningkatkan komitmen guru di sekolah pedalaman. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan terpencil, sokongan dan insentif perlu diberikan kepada guru-guru untuk mengekalkan komitmen mereka yang tinggi. Selain itu, kajian ini juga memberikan pandangan tentang bagaimana sistem pendidikan dapat lebih baik menyokong guru-guru di kawasan pedalaman.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Ainisaadah Mohd Saod, Nurul Aliah Ahmad Rushdi, Azreen Anoar, Mohd Aswad Aziz, & Aziah Ismail. (2024). KOMITMEN GURU DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID ORANG ASLI DI PEDALAMAN: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1899