MEMUPUK PEMIKIRAN KREATIF KEUSAHAWANAN: SATU MODUL UNTUK PENDIDIKAN STEM
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk i) menentukan kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan modul berasaskan pendekatan isu sosiosaintifik dan model pemikiran reka bentuk (PISPRB), dan ii) menilai kesannya terhadap pemikiran kreatif keusahawanan (PKK) murid Tingkatan Empat dalam PdPc STEM. Fasa pertama kesahan modul dilakukan dengan menggunakan khidmat tiga orang pakar penilai dan 32 orang murid tingkatan empat. Data diperoleh melalui maklum balas responden dalam soal selidik 5 poin skala Likert dan ujian Pemikiran Kreatif Keusahawanan. Fasa kedua adalah penilaian melalui reka bentuk kajian kuasi eksperimental dengan Ujian Pra-Pasca Kumpulan Kawalan Tidak Setara. Seramai 64 orang murid tingkatan empat yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PISPRB (n=32) dan kumpulan kawalan (n=32). Keputusan penilaian modul PKK menunjukkan nilai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan alfa Cronbach yang boleh diterima iaitu .92. Kebolehlaksanaan Modul PKK juga telah dibuktikan melalui min keseluruhan 4.71 yang menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam Modul PKK ini boleh dilaksanakan oleh guru-guru dalam bilik darjah. Dapatan ujian-t dua kumpulan sampel tak berpasangan membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pascaujian bagi murid dalam kumpulan PISPRB berbanding kumpulan kawalan dalam pemikiran kreatif keusahawanan dan kelima-lima konstruk pemikiran kreatif keusahawanan. Tuntasnya, kesemua dapatan ini menunjukkan bahawa Modul PKK menyediakan satu modul pengajaran dan pembelajaran STEM yang sah, boleh dipercayai dan dilaksanakan, dan berkesan dalam meningkatkan pemikiran kreatif keusahawanan bagi murid tingkatan empat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Sufirman Arifin, & Nyet Moi Siew. (2024). MEMUPUK PEMIKIRAN KREATIF KEUSAHAWANAN: SATU MODUL UNTUK PENDIDIKAN STEM. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1909
Issue
Section
Articles