NILAI PENDIDIKAN MATEMATIK YANG TERTERAP DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Christina Meles Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
  • Siti Rahaimah Ali Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

Keywords:

Nilai Pendidikan Matematik, Nilai Formalistik, Nilai Aktivis, Nilai Instrumental, Nilai Teoretikal, Nilai Kebolehcapaian Dan Nilai Penilaian

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai pendidikan matematik yang terterap dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun empat dari tiga buah sekolah yang berlainan di negeri Sarawak. Data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian dalam bilik darjah, temu bual secara individu, catatan lapangan dan dokumen pembelajaran. Kesemua sesi pembelajaran dirakam menggunakan alat perakam video manakala temu bual dirakam menggunakan alat perakam audio. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak semua nilai pendidikan matematik terterap secara eksplisit dalam pembelajaran matematik. Kesemua murid yang terlibat menjelaskan tentang nilai pendidikan yang terterap dalam pembelajaran hanya apabila ditanya dalam temu bual pra pembelajaran dan pasca pembelajaran. Nilai pendidikan matematik terterap dalam pembelajaran matematik adalah secara implisit termasuklah nilai formalistik, nilai aktivis, nilai instrumental, nilai teoretikal, nilai kebolehcapaian dan nilai penilaian. Tambahan lagi, kesemua murid menunjukkan kecenderungan yang rendah dalam nilai relational dan penaakulan di mana nilai ini penting untuk menggalakkan pemikiran kritikal dan aktif dalam kalangan murid. Berdasarkan dapatan kajian, diharapkan agar kajian ini diteruskan untuk memperolehi maklumat tentang nilai pendidikan matematik yang terterap dalam pembelajaran matematik dengan memberi penekanan kepada penglibatan murid yang aktif dalam bilik darjah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

20-06-2024

How to Cite

Christina Meles, & Siti Rahaimah Ali. (2024). NILAI PENDIDIKAN MATEMATIK YANG TERTERAP DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/311