ANALISIS BALAGHAT SAHIH DALAM AL-MUWATTA’ IMAM MALIK IBN ANAS
Keywords:
Al-Muwatta’, Balaghat, Malik Ibn Anas, Manhaj Al-Muhaddithin, RiwayatAbstract
Sanad-sanad hadith yang diriwayatkan secara balaghat, lazimnya dianggap sebagai hadith daif dek kerana jelas terputus sanadnya. Perkataan daripada kata terbitan al-balagh (البلاغ) seperti balaghani atau balaghahu bukanlah dalam kategori sighah Al-Tahammul yang kuat untuk menjustifikasikan hadith itu maqbul, secara teorinya. Kesannya, ia menggugat status hadith dan autoritinya sebagai dalil walaupun riwayat balaghat itu datang daripada Ilmuwan Ulung semisal Imam Malik Ibn Anas. Kajian ini akan dikhususkan kepada tokoh Ummah iaitu Imam Malik dan karyanya, Al-Muwatta’. Artikel ini bertujuan menganalisis status riwayat-riwayat balaghat di dalam kitab al-Muwatta’ Imam Malik, pada dua hadith terpilih. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Maklumat dan data dikumpulkan daripada analisis dokumen ke atas kitab-kitab hadith primer, Syarah hadith, ulasan para pentahqiq dan ulama hadith, khususnya melibatkan Al-Muwatta’ Imam Malik. Kemudian, dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati ciri-ciri yang mewajarkan ianya sebagai balaghat sahih dalam Al-Muwatta’, antaranya seperti terdapat sanad yang bersambung secara penuh, Imam Malik tidak meriwayatkan secara bersendirian, dan ianya terdapat di dalam kitab-kitab hadith selain Al-Muwatta’. Tuntasnya, ia menunjukkan keunikan Al-Muwatta’ Malik yang mempunyai manhaj penulisannya tersendiri, walaupun terdapat kritikan sedikit pada beberapa bahagian dan riwayat.