ANALISIS TAHAP CELIK FIZIKAL KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI MAIN BEBAS DI PRASEKOLAH BERDASARKAN UMUR DAN JANTINA

Authors

  • Nor Zarina Md Faril Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
  • Mohd Nazri Abdul Rahman Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Keywords:

Celik Fizikal, Prasekolah, Main Bebas, Kecekapan Fizikal, Motivasi Dan Keyakinan, Pengetahuan Dan Kefahaman, Tingkah Laku Fizikal

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap celik fizikal kanak-kanak prasekolah dalam aktiviti main bebas serta menentukan perbezaan signifikan tahap celik fizikal berdasarkan faktor umur dan jantina. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian hirisan rentas. Sampel kajian terdiri daripada 88 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun dari kelas-kelas prasekolah di kawasan PPD dalam Negeri Selangor. Data dikumpulkan menggunakan instrumen penilaian Celik Fizikal Prasekolah (CFP) yang merangkumi empat domain celik fizikal iaitu kecekapan fizikal, motivasi dan keyakinan, pengetahuan dan kefahaman, serta tingkah laku fizikal. Hasil analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap kecekapan fizikal dan tingkah laku fizikal yang tinggi dalam main bebas, sementara motivasi dan keyakinan, pengetahuan, dan kefahaman berada pada tahap sederhana. Ujian Mann-Whitney U menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dalam tahap celik fizikal berdasarkan faktor jantina (p = .177) dan umur (p = .886). Penemuan ini menekankan bahawa pelaksanaan aktiviti fizikal dan main bebas di prasekolah tidak memerlukan penyesuaian ketat berdasarkan jantina atau umur, mendukung prinsip inklusiviti dalam kurikulum prasekolah. Kajian ini menyarankan pendekatan inklusif yang mempromosikan pembangunan kecekapan fizikal dan kemahiran motor untuk semua kanak-kanak tanpa mengira jantina dan umur. Implikasi teori berdasarkan Model Domain Celik Fizikal menunjukkan bahawa pengalaman positif dalam aktiviti fizikal dapat meningkatkan efikasi diri, motivasi, dan keyakinan kanak-kanak. Cadangan kajian lanjutan termasuk memperluas saiz sampel, menjalankan kajian perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar, menyelidik pengaruh faktor-faktor lain seperti pendidikan ibu bapa dan status sosioekonomi, serta merancang program intervensi untuk meningkatkan celik fizikal kanak-kanak prasekolah. Kesimpulannya, kajian ini memberi panduan penting bagi pendidik dan pembuat dasar dalam merancang program yang lebih berkesan untuk mempromosikan celik fizikal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

26-09-2024

How to Cite

Nor Zarina Md Faril, & Mohd Nazri Abdul Rahman. (2024). ANALISIS TAHAP CELIK FIZIKAL KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI MAIN BEBAS DI PRASEKOLAH BERDASARKAN UMUR DAN JANTINA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/4140