HALA TUJU PENDIDIKAN TINGGI ISLAM DALAM MEMACU TRANSFORMASI MALAYSIA MADANI
Keywords:
Keadilan Sosial, Kecerdasan Buatan, Malaysia Madani, Pendidikan Tinggi Islam, Transformasi TeknologiAbstract
Pendidikan tinggi Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara madani. Konsep Malaysia Madani menekankan pembangunan yang inklusif, berasaskan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi serta menjadikan keadilan sosial dan integriti sebagai teras utama. Dalam konteks yang membincangkan tentang pendidikan, pendidikan tinggi Islam perlu dirangka dengan strategi yang bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan agama tetapi juga membekalkan kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Transformasi teknologi terkini iaitu Artificial Intelligence (kecerdasan buatan) AI yang semakin canggih telah diterapkan ke dalam semua aspek keperluan kehidupan termasuklah Pendidikan digunakan di saentero dunia. Bertunjangkan arus pembangunan, Pendidikan Tinggi Islam perlu melakukan penerapan tranformasi bagi melestarikan Pendidikan Negara terus relevan sesuai dengan arus kemajuan terkini bagi melahirkan masyarakat madani. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan adalah untuk meninjau dan menganalisis hala tuju Pendidikan Tinggi Islam dalam memacu Transformasi Malaysia Madani dengan berpandukan perbincangan kajian lepas terhadap peranan dan kepentingan Pendidikan Tinggi Islam kepada pembangunan negara. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu menerusi pendekatan analisis dokumen dan kajian yang berkaitan dengan hala tuju Pendidikan Tinggi Islam dalam memacu Transformasi Malaysia Madani. Hasil kajian mendapati peranan Pendidikan Tinggi Islam sangat diperlukan dalam memacu Malaysia Madani masakini. Selain itu, kajian ini juga mendapati Pendidikan Tinggi Islam sangat berkait rapat dengan Teknologi AI serta membincangkan isu dan cabaran dihadapi oleh Pendidikan Tinggi Islam dalam merealisasikan Malaysia Madani. Kajian ini mengharapkan agar pembentukan Malaysia Madani perlu selaras dan sejajar dengan penerapan objektif Pendidikan Tinggi Islam.