KEBERKESANAN PENGGUNAAN INTERAKTIF E-LEARNING BERASASKAN APLIKASI QUIZIZZ BAGI TOPIK NORMA MASYARAKAT GLOBAL DALAM PENDIDIKAN MORAL
Keywords:
Pembelajaran Interaktif, E-Learning, Pengajaran, Pembelajaran, QuizizzAbstract
Kaedah pembelajaran interaktif e-learning merupakan pendekatan pembelajaran yang dapat membantu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan di kelas. Quizizz adalah salah satu platform pembelajaran yang menawarkan pelbagai cara untuk menjadikan PdPc yang lebih menarik, menyeronokkan dan berinteraktif di antara guru dan murid. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pembelajaran interaktif e-learning berasaskan aplikasi Quizizz yang memberikan tahap kefahaman kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian menggunakan reka bentuk kajian tindakan melibatkan murid tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Daerah Batang Padang telah dipilih sebagai responden kajian. Pengumpulan data telah dilakukan melalui tinjauan soal selidik, pemerhatian, dan ujian. Setiap data dianalisis mengikut topik Norma masyarakat Global. Dapatan kajian mendapati aplikasi Quizizz yang digunakan dalam pembelajaran interaktif e-learning dapat menarik minat murid serta membantu mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Akhir sekali, kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran interaktif e-learning berasaskan penggunaan aplikasi Quizizz ini dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan pembelajaran abad ke -21.