HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN TEKAD KEUSAHAWANAN DENGAN MINAT KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA KV MUAR

Authors

  • Adila Syahidah Ahmad Universiti Putra Malaysia
  • Rahimah Jamaluddin Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Kolej Vokasional, Minat Keusahawanan, Sikap Keusahawanan, Tekad Keusahawanan

Abstract

Keusahawanan adalah salah satu bidang yang boleh membantu meningkatkan ekonomi negara. Saban tahun ramai usahawan yang berjaya dan meningkat naik di persada global. Justeru,  Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan para usahawan muda yang berkemahiran dalam pelbagai bidang melalui program-program yang ditawarkan di Kolej Vokasional (KV). Walau bagaimanapun, peratusan pelajar lepasan KV yang menceburi bidang keusahawanan masih lagi rendah memandangkan pelajar belum diberi pendedahan yang luas dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji sikap dan tekad keusahawanan dan hubungannya dengan minat keusahawanan dalam kalangan pelajar Diploma Vokasional Malaysia ambilan 2021 melalui tiga program iaitu program Seni Kulinari (HSK), Seni Reka Feysen (HFD) dan Kosmetologi (HKM). Kajian tinjauan deskriptif ini melibatkan seramai 51 responden yang dipilih secara rawak. Analisis menunjukkan tahap skala min bagi ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu sikap keusahawanan, tekad keusahawanan dan minat keusahawanan adalah tinggi. Hubungan antara sikap dan tekad keusahawanan dengan minat keusahawanan juga tinggi. Hal ini menunjukkan sikap keusahawanan dan tekad keusahwanan perlu di pupuk dan diterap bagi meningkatkan minat pelajar untuk menceburi bidang keusahwanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

26-09-2024

How to Cite

Adila Syahidah Ahmad, & Rahimah Jamaluddin. (2024). HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN TEKAD KEUSAHAWANAN DENGAN MINAT KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA KV MUAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/4143