AMALAN KEPIMPINAN BAGI MEMUPUK KOLABORASI ANTARA DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN STEM: ANALISIS BIBLIOMETRIK
Keywords:
Amalan Kepimpinan, Kolaborasi, Pendidikan STEM, SekolahAbstract
Analisis bibliometrik ini mengkaji amalan kepimpinan yang bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antara disiplin dalam pendidikan STEM. Pengiktirafan terhadap keperluan kritikal bagi kerjasama yang berkesan dalam bidang STEM untuk meningkatkan inovasi dan kualiti pendidikan, kajian ini mengisi kesenjangan dalam pemahaman mengenai kesan pelbagai gaya kepimpinan terhadap usaha antara disiplin. Metodologi yang digunakan melibatkan analisis menyeluruh terhadap artikel penyelidikan dari tahun 2004 hingga 2024 menggunakan pangkalan data Scopus. Metrik kunci termasuk corak penyerapan, trend kata kunci, dan rangkaian penyelidik-penulis bersama, dianalisis untuk mengenal pasti amalan kepimpinan yang mempengaruhi secara signifikan. Hasil kajian menunjukkan analisis trend penyelidikan amalan kepimpinan dalam memupuk kerjasama antara disiplin untuk pendidikan STEM dalam tempoh 20 tahun berdasarkan data SCOPUS telah menunjukkan peralihan fokus yang begitu ketara. Pada awal tempoh (2004-2011), terdapat hanya sedikit sahaja penerbitan yang mana menunjukkan bahawa kurangnya pengiktirafan terhadap kerjasama dalam bidang ini. Namun, sekitar tahun 2012 terdapat pertambahan yang ketara dalam penerbitan yang mencerminkan peningkatan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan amalan kepimpinan dalam memupuk kolaborasi lintas disiplin. Walaupun telah mencapai kemuncak sekitar tahun 2019-2020 dengan lebih daripada 200 dokumen setahun diterbitkan, namun terdapat penurunan pada tahun 2024. Hallinger yang merupakan penyumbang utama dalam penyelidikan bidang ini beserta penyelidik yang lain telah bersepakat terhadap keperluan kerjasama dalam amalan kepimpinan dalam bidang ini. Dominasi sains sosial dalam distribusi dokumen mencerminkan fokus utama pada teori dan amalan pendidikan dalam kolaborasi STEM, dengan sumbangan signifikan dari bidang-bidang lain seperti psikologi dan perniagaan. Dominasi Amerika Syarikat dalam pengaruh global, serta pusat penyelidikan di Malaysia dan Afrika Selatan, menunjukkan pengaruh semakin meningkat dalam bidang ini. Secara kesimpulannya, terdapat keperluan untuk penyelidikan lanjutan dan kolaborasi yang berterusan dalam memahami serta memperbaiki amalan kepimpinan bagi memupuk kolaborasi antara disiplin dalam pendidikan STEM. Kajian ini juga menekankan pentingnya kerjasama serantau dan global dalam merangka strategi dan penyelesaian pendidikan STEM yang holistik dan berkesan untuk menangani perbagai cabaran yang kompleks dalam abad ke-21.