PEMERKASAAN PEMBELAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB MELALUI KEPELBAGAIAN BENTUK TUGASAN BAHASA

Authors

  • Nadiah Abd Rahim Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Perlis
  • Nadhilah Abdul Pisal Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Perlis

Keywords:

Pembelajaran Kosa Kata, Bahasa Arab, Tugasan Bahasa

Abstract

Pendidikan bahasa Arab kini telah melalui peralihan daripada pendekatan pembelajaran dan pengajaran (PdP) berpusatkan guru kepada pendekatan berpusatkan pelajar. Pendekatan ini mendorong kepada pembelajaran aktif yang menggalakkan interaksi dan penglibatan pelajar secara langsung melalui tugasan yang diberikan dalam bilik darjah. Tugasan merupakan salah satu kaedah efektif yang boleh digunakan untuk menggalakkan pembelajaran kendiri dan penggunaan bahasa dalam konteks yang sebenar di dalam bilik darjah, serta memberi kesan yang positif terhadap penguasaan bahasa individu. Adapun begitu, isu-isu seperti penguasaan kosa kata yang lemah, pembelajaran yang terhad di dalam bilik darjah, kebergantungan yang tinggi kepada arahan guru masih didapati dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab, malah perbincangan pendekatan tugasan khususnya dalam pembelajaran kosa kata Arab di Malaysia masih belum meluas. Oleh itu, kajian literatur berbentuk analisis kandungan ini memfokuskan kepada tugasan bahasa yang merangkumi perbincangan mengenai konsep, kerangka dan bentuk tugasan bahasa serta impaknya terhadap pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Dapatan kajian ini dijangka memberi impak dalam pendidikan secara teori dan praktikal serta cadangan pelaksanaan kajian lanjutan pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2024

How to Cite

Nadiah Abd Rahim, & Nadhilah Abdul Pisal. (2024). PEMERKASAAN PEMBELAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB MELALUI KEPELBAGAIAN BENTUK TUGASAN BAHASA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/4272