KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN PENGGUNAAN GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Authors

  • Nur Zaakirah Abd Hamid Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Perlis
  • Nadhilah Abdul Pisal Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Perlis
  • Norziana Yahya Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Perlis

Keywords:

Pembelajaran Berasaskan Permainan, Gamifikasi, Pengajaran Dan Pembelajaran, Bahasa Arab, Proses Pembelajaran

Abstract

Pembelajaran berasaskan permainan atau game-based learning (GBL) bukanlah suatu perkara baharu dalam landskap pendidikan negara, ia telah diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan para pendidik. Gamifikasi seperti Wordwall, Quizziz, Kahoot!, dan Quizlet merupakan antara sumber aplikasi pembelajaran berasaskan permainan yang telah diperkenalkan dan diguna pakai di pelbagai peringkat pengajian. Namun demikian, gamifikasi ini masih belum dioptimumkan penggunaannya secara menyeluruh kerana masih ramai pendidik yang menggunakan kaedah konvensional dalam penyampaian pengajaran mereka. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pengenalan konsep gamifikasi dan kepentingannya dalam pembelajaran. Seterusnya, meninjau keberkesanan penggunaan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan kajian-kajian lepas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan meneliti bahan-bahan literatur lampau daripada artikel jurnal berkaitan gamifikasi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Hasil kajian mendapati proses pembelajaran yang menggunakan kaedah gamifikasi dapat memotivasikan pelajar dan meningkatkan minat pelajar untuk mendalami pembelajaran bahasa Arab. Kajian gamifikasi bahasa Arab di Malaysia didapati lebih tertumpu pada penguasaan kosa kata dan kemahiran bahasa tertentu, masih kurang kajian gamifikasi dijalankan untuk penguasaan tatabahasa Arab. Kajian literatur ini diakhiri dengan cadangan kajian lanjutan yang bertujuan untuk memartabatkan pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2024

How to Cite

Nur Zaakirah Abd Hamid, Nadhilah Abdul Pisal, & Norziana Yahya. (2024). KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN PENGGUNAAN GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(22). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/4273