APLIKASI TEORI JEAN PIAGET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3M KEPADA PELAJAR TANPA WARGANEGARA: SATU KAJIAN EMPIRIKAL
THE APPLICATION OF PIAGET THEORY IN TEACHING AND LEARNING FOR STATELESS STUDENTS: AN EMPIRICAL STUDY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.725029Keywords:
Teori Piaget (Piaget Theory), Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching And Learning), 3M, Kanak-kanak Tanpa Warganegara (Stateless Student)Abstract
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget merupakan teori yang menjelaskan bagaimana kanak-kanak membina pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran mereka. Bagi kanak-kanak tanpa warganegara yang selalu menghadapi cabaran dari sudut mendapatkan pembelajaran yang berkualiti terutamanya pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira), teori ini dilihat sangat relevan untuk digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran 3M yang mana ini boleh disesuaikan dengan beberapa pendekatan iaitu fleksibel, pembelajaran konstektual dan penggunaan alat bantu visual yang bersesuaian. Justeru itu, kajian ini akan mengkaji berkaitan kaedah pengajaran 3M yang sesuai kepada pelajar-pelajar tanpa warganegara berdasarkan Teori Jean Piaget. Manakala, metodologi yang digunapakai dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Data-data dikumpulkan secara temu bual separa struktur. Seramai 13 informan telah ditemu bual dalam kajian ini. Bagi kaedah analisis data, pengkaji menggunakan kaedah analisis tematik dengan mengenalpasti pola atau tema utama di dalam data yang telah diperoleh. Sehubungan dengan itu, hasil kajian telah menunjukkan terdapat beberapa kaedah yang sesuai digunakan berdasarkan teori Jean Piaget iaitu kaedah pembelajaran melalui deria dan pergerakan, pembelajaran melalui permainan dan pembelajaran berdasarkan projek. Dengan itu, kaedah pembelajaran yang berpandukan kepada teori Jean Piaget dapat membantu pelajar tanpa warganegara berkembang mengikut tahap kognitif, persekitaran dan pengalaman hidup mereka.
Jean Piaget's cognitive development theory describes how children combine knowledge through interactions with their surroundings. For stateless children who have never had access to top-notch 3M learning (membaca, menulis, and mengira), this theory has been shown to be extremely useful in teaching and learning. Furthermore, this study will focus on the 3M learning model, which is appropriate for stateless learners based on Jean Piaget's theory. Meanwhile, the methodology used in this study is qualitative approach in the form of a case study. Data were collected through semi-structured interviews. A total of 13 informants were interviewed for this study. For data analysis, the researcher used thematic analysis to identify patterns or key themes within the collected data. The researcher utilized the thematic analysis method to identify the main theme throughout the data obtained. Therefore, the results of the study revealed the existence of several learning methods that are appropriate for use based on Jean Piaget's theory, namely learning via senses and movement, learning through games, and learning through projects. As a result, teaching methods based on Jean Piaget's theory can assist students in developing cognitive skills, self-esteem, and a sense of well-being.