CABARAN DAN IMPLEMENTASI DAKWAH DALAM PROGRAM AMALI DAKWAH IPDAS 2024 DI BEAUFORT, SABAH

CHALLENGES AND IMPLEMENTATION OF DAKWAH IN THE IPDAS AMALI DAKWAH PROGRAMME 2024 IN BEAUFORT, SABAH

Authors

  • Sitti Aisha Monib Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Muhammad Amir Abdul Yasim Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Muhammad Nur Taufiq Jamari Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Mohd Hafizi Nurodin Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Ahmad Azharuddin Abdul Sattar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Mohd Nasrun Mohd Talib Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.725059

Keywords:

Amali, Cabaran (Challenge), Dakwah (Da’wah), IPDAS, Implementasi (Implementation), Pendekatan (Approaches)

Abstract

Program Amali Dakwah merupakan satu platform pendidikan berasaskan lapangan yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) bertujuan untuk memberi pendedahan sebenar kepada mahasiswa dalam melaksanakan tugas dakwah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat. Dalam merealisasikan Program Amali ini, setiap mahasiswa perlu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ketika berhadapan dengan masyarakat. Mahasiswa juga perlu bijak mengatur strategi dakwah dalam program ini agar dakwah yang disampaikan dapat diterima dengan senang hati oleh masyarakat. Walaupun persiapan awal telah disediakan sebelum turun ke arena dakwah, namun sudah tentu terdapat cabaran dan kekangan yang akan dihadapi oleh mahasiswa dalam menjayakan Program Amali ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran serta strategi implementasi dakwah yang dihadapi oleh para peserta Program Amali Dakwah IPDAS 2024 yang dilaksanakan di daerah Beaufort, Sabah. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen pelaksanaan program. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara cabaran utama yang dihadapi termasuklah halangan komunikasi antara kaum, kekurangan sumber dan kemudahan, serta keperluan kefahaman terhadap konteks budaya setempat. Walau bagaimanapun, pendekatan dakwah bil hal, dakwah fardiyah, dakwah bil lisan dan penglibatan langsung dalam aktiviti kemasyarakatan telah berjaya meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap mesej Islam. Semoga cabaran dan implementasi yang dihadapi oleh mahasiswa menerusi Program Amali Dakwah ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur dan pedoman kepada para pendakwah pada masa akan datang.

Amali Da’wah Programme is a field-based educational platform organized by the Institute of Islamic Studies and Da'wah Sabah (IPDAS) with the aim of providing students with real exposure to carrying out da'wah responsibilities directly within the community. In realizing this program, students are required to apply the knowledge acquired throughout their studies when engaging with society. They must also be strategic and wise in formulating da'wah approaches so that the messages delivered are well-received by the community. Despite thorough preparation prior to entering the da'wah field, challenges and constraints inevitably arise throughout the implementation process. Therefore, this study aims to explore the challenges and strategies of da'wah implementation faced by participants of the IPDAS 2024 Practical Da'wah Program, conducted in the Beaufort district of Sabah. This study employed a qualitative methodology through semi-structured interviews and document analysis related to the program's implementation. The findings indicate that the primary challenges encountered include communication barriers between ethnic groups, lack of resources and facilities, as well as the need for deeper understanding of the local cultural context. Nevertheless, approaches such as da'wah bil hal, fardiyyah da'wah, da’wah bil lisan and direct involvement in community activities have proven effective in enhancing public understanding and acceptance of the Islamic message. It is hoped that the challenges and implementations experienced by students in this program can serve as a benchmark and guidance for future da'wah practitioners.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

26-06-2025

How to Cite

Sitti Aisha Monib, Muhammad Amir Abdul Yasim, Muhammad Nur Taufiq Jamari, Mohd Hafizi Nurodin, Ahmad Azharuddin Abdul Sattar, Mohd Nasrun Mohd Talib, & Saifulazry Mokhtar. (2025). CABARAN DAN IMPLEMENTASI DAKWAH DALAM PROGRAM AMALI DAKWAH IPDAS 2024 DI BEAUFORT, SABAH: CHALLENGES AND IMPLEMENTATION OF DAKWAH IN THE IPDAS AMALI DAKWAH PROGRAMME 2024 IN BEAUFORT, SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(25). https://doi.org/10.35631/IJMOE.725059