MEMPERKASA PENDIDIKAN ASNAF MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL: ANALISIS MINAT, FOKUS DAN FAKTOR KEBERKESANAN
EMPOWERING ASNAF EDUCATION THROUGH DIGITAL TECHNOLOGY: AN ANALYSIS OF INTEREST, FOCUS, AND EFFECTIVENESS FACTORS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.726006Keywords:
Teknologi (Technology), Asnaf, Minat (Interest), Pembelajaran (Learning), Keberkesanan (Effectiveness)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengintegrasian teknologi dalam kalangan pelajar asnaf semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti tahap minat pelajar asnaf terhadap penggunaan aplikasi digital, menilai kesannya terhadap fokus dan perhatian pelajar semasa pembelajaran, serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan teknologi digital dalam kalangan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada 80 orang murid asnaf Tahap 2 dari empat buah sekolah rendah di kawasan persisiran pantai negeri Perlis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid memberikan respons yang positif terhadap penggunaan teknologi digital, di mana 45% murid sangat setuju dan 42.5% setuju bahawa aplikasi digital dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar. Kajian ini dihadkan kepada saiz sampel yang kecil dan kawasan geografi tertentu, justeru penemuan tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar asnaf. Walau bagaimanapun, kajian ini memberi sumbangan bermakna dalam memperkaya literatur berkaitan pendidikan digital serta membuka ruang kepada penyelidikan lanjutan yang boleh memperluas skop dan pendekatan. Kajian ini juga menonjolkan nilai originaliti dalam memberi fokus kepada golongan asnaf, sekaligus memberikan implikasi praktikal kepada pihak sekolah, pembuat dasar, dan pendidik dalam merangka strategi sokongan berasaskan teknologi untuk memperkasa pembelajaran pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan.
This study aims to explore the integration of technology among asnaf students during the teaching and learning process in primary schools. The main focus of the study is to identify the level of interest asnaf students have in using digital applications, evaluate its impact on students' focus and attention during lessons, and identify the factors that influence the effectiveness of digital technology use among them. This study employs a quantitative approach through the distribution of questionnaires to 80 asnaf students in Level 2 from four coastal primary schools in the state of Perlis. The findings reveal that the majority of students responded positively to the use of digital technology, with 45% strongly agreeing and 42.5% agreeing that digital applications increase their interest in learning. This study is limited to a small sample size and a specific geographical area, and thus, the findings cannot be generalized to all asnaf students. Nevertheless, the study makes a meaningful contribution to the literature on digital education and opens opportunities for further research to expand its scope and approach. It also highlights the originality of focusing on the asnaf group, offering practical implications for schools, policymakers, and educators in designing technology-based support strategies to empower the learning of students from underprivileged backgrounds.