GERAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD SHAFIUDDIN II BIN SULTAN ABU BAKAR TAJUDDIN II (1866 - 1924) SAMBAS

Authors

  • Abdul Razak Abdul Kadir Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Keywords:

Gerakan, Institusi, Islam, Kesultanan, Nusantara, Pendidikan, Sambas

Abstract

Pendidikan merupakan elemen terpenting membangun modal insan. Pendidikan dikaitkan dengan bentuk formal melalui institusi seperti kelas pengajian, sekolah, kolej dan universiti. Keberadaan institusi pendidikan dalam masyarakat membangun amat penting bagi menjadikan masyarakat mempunyai tahap peradaban yang tinggi. Apatah lagi pendidikan yang bernuansakan Islam yang disokong penuh oleh institusi kesultanan dan disemarakkan para ulama yang sanggup meletakkan tenaga dan usaha supaya impian institusi pendidikan berdiri dengan kukuh. Sambas diiktiraf sebagai serambi Mekah selepas Acheh kerana peranan institusi pendidikannya melahirkan ulama ulung di Sambas bahkan menebar di wilayah Nusantara dan Mekah. Objektif kajian ini ialah mengetengahkan tokoh pendidikan Islam  seperti Sultan Muhammad Shafiuddin II bin Sultan Abubakar Tajuddin II(1866 - 1924), Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi (1803-1875) dan Maharaja Imam Muhammad Basiuni Imran (1885-1976). Manakala objektif kedua ialah menyorot institut pendidikan Islam seperti Madrasah Al-Sulthaniyah yang menjadi asas pendidikan unggul di Sambas. Metodologi kajian ini ialah mengunakan metodologi kesejarahan yang menggunakan model Kuntowijoyo iaitu melalui 4 proses tahapan iaitu Heuristik, kritik, analisa dan penulisan sejarah(historiografi). Hasil kajian ini mendapati Sultan Muhammad Shafiuddin Ii Bin Sultan Abubakar Tajuddin II(1866 - 1924), Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi (1803-1875) dan Maharaja Imam Muhammad Basiuni Imran (1885-1976) merupakan tokoh besar dalam pendidikan Islam di Sambas dan Madrasah Al-Sulthaniyah menjadi asas kepada perkembangan institusi pendidikan Islam di Sambas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2024

How to Cite

Abdul Razak Abdul Kadir. (2024). GERAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD SHAFIUDDIN II BIN SULTAN ABU BAKAR TAJUDDIN II (1866 - 1924) SAMBAS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/582