PENGGUNAAN APLIKASI WORDWALL SEBAGAI STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF DALAM PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA ARAB
THE USE OF WORDWALL APPLICATION AS AN INNOVATIVE TEACHING STRATEGY IN ARABIC VOCABULARY MASTERY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.726042Keywords:
Aplikasi Wordwall (Wordwall Application), Kosa Kata (Vocabulary), Minat (Interest), Motivasi Pelajar (Student Motivation), Pembelajaran Bahasa Arab (Arabic Language Learning)Abstract
Pendidikan abad ke-21 menuntut penggunaan teknologi secara strategik dalam pengajaran bahasa bagi merangsang penglibatan pelajar dan memperkayakan pengalaman pembelajaran secara dinamik. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, malah turut menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Wordwall dalam penguasaan kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan pelajar dengan fokus utama kepada aspek minat, motivasi dan pengetahuan pelajar. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Arab kod TAC401 di UiTM cawangan Perlis. Kaedah pengumpulan data utama adalah melalui soal selidik yang mengandungi item-item yang berkaitan dengan minat, motivasi, dan penguasaan kosa kata pelajar selepas menggunakan Wordwall dalam PdP. Soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 mata untuk menilai respons pelajar terhadap aktiviti pembelajaran tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Wordwall berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar kosa kata Bahasa Arab. Di samping itu, pelajar juga menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kosa kata mereka dengan kebanyakan mereka mengakui lebih mudah mengingati dan menggunakan perkataan dalam ayat selepas mengikuti aktiviti Wordwall. Kajian ini mencadangkan bahawa integrasi aplikasi Wordwall dalam pembelajaran Bahasa Arab dapat memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan, berkesan dan relevan bagi pelajar dalam konteks pendidikan digital.
21st-century education demands the strategic use of technology in language teaching to stimulate student engagement and enrich the learning experience dynamically. The use of technology not only makes the learning process more interesting but also encourages students to be more active and directly involved in learning activities. This study aims to evaluate the effectiveness of using the Wordwall application in the mastery of Arabic vocabulary among students, with a primary focus on the aspects of interest, motivation, and student knowledge. The study involves students enrolled in the Arabic language course with the code TAC401 at UiTM Perlis Branch. The main data collection method was a questionnaire containing items related to students' interest, motivation, and vocabulary mastery after using Wordwall in teaching and learning sessions. The questionnaire employed a 5-point Likert scale to assess students’ responses to the learning activity. The findings indicate that the use of Wordwall successfully increased students' interest and motivation in learning Arabic vocabulary. Additionally, students also showed improvement in their vocabulary mastery, with most of them acknowledging that it became easier to remember and use words in sentences after participating in the Wordwall activities. This study suggests that the integration of the Wordwall application into Arabic language learning can provide a more enjoyable, effective, and relevant experience for students in the context of digital education.
