PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK KECICIRAN DI SABAH

Authors

  • Musaiyadah Ahmadun Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Kota Kinabalu
  • Dg Syahirah Nasuha Nurshid Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Shah Alam

Keywords:

Peranan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kanak-Kanak Keciciran, Pembangunan Pendidikan, Pendidikan Alternatif

Abstract

Dasawarsa ini, isu kanak-kanak keciciran ini sering menjadi topik hangat dan bukanlah suatu perkara yang asing didengar. Walhal, isu ini semakin berganda setiap tahun dan memberikan impak yang sangat besar kepada pembangunan negara. Seperti yang kita ketahui, salah satu akar dalam sesebuah pembangunan adalah pendidikan. Kemajuan pendidikan dapat membantu masyarakat untuk mengembangkan kendiri & pemikiran bermula sejak kecil lagi iaitu kanak-kanak. Kanak-kanak adalah penerus generasi untuk pembangunan kepada negara. Negara kita, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995 & konvensyen ini memberikan tumpuan kepada kanak-kanak dalam aspek kebajikan, perlindungan, kelangsungan hidup dan sebagainya. Pelbagai faktor yang dihadapi oleh kanak-kanak keciciran ini terutama dari sudut sosioekonomi keluarga. Antaranya faktor kemiskinan dan gaya hidup keluarga serta latar belakang Pendidikan. Artikel ini membincangkan tentang peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani isu ini dalam Pembangunan Pendidikan alternatif kanak-kanak keciciran di Sabah. Metodologi yang digunakan untuk kajian ini ialah kaedah kepustakaan secara analisis kandungan dokumen merujuk kepada jurnal dan artikel yang berkaitan. Pelbagai Cadangan yang dicadangkan dalam membantu kanak-kanak keciciran untuk diberikan Pendidikan Alternatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Pembangunan kanak-kanak keciciran di Sabah. 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2024

How to Cite

Musaiyadah Ahmadun, & Dg Syahirah Nasuha Nurshid. (2024). PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK KECICIRAN DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/589