KESAN KAEDAH SIX THINKING HATS TERHADAP PENULISAN: TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK (2013-2022)

Authors

  • Muhammad Nasir Amin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
  • Muhammad Syawal Amran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.726060

Keywords:

Six Thinking Hats, Penulisan

Abstract

Penulisan menunjukkan tahap kognisi seorang penulis kerana ia melibatkan keupayaan untuk berfikir, keupayaan bahasa dan daya ingatan. Berfikir merupakan kemahiran yang paling penting dalam diri seorang individu. Selain itu, kaedah Six Thinking Hats merupakan salah satu alat kemahiran berfikir holistik yang membantu penulis dalam penulisan. Kajian ini dijalankan untuk melihat tinjauan literatur sistematik dalam kesan penggunaan Six Thinking Hats terhadap penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) dan menggunakan enam pangkalan data iaitu Scopus, Web of Science (WoS), Science Direct (SD), Education Resources Information Center (ERIC), OpenAIRE dan Springer. Empat artikel dipilih daripada 45 artikel melalui carian 10 tahun terkini (2013 – 2022). Dapatan kajian menunjukkan kaedah Six Thinking Hats membantu meningkatkan tahap penulisan pelajar selain memberi kesan positif yang lain seperti pengembangan idea, berlakunya proses sumbang saran, pengembangan kreativiti pelajar dalam penulisan, pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajaran dan keyakinan diri pelajar meningkat selepas pengaplikasian kaedah Six Thinking Hats.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-09-2025

How to Cite

Amin, M. N., & Amran, M. S. (2025). KESAN KAEDAH SIX THINKING HATS TERHADAP PENULISAN: TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK (2013-2022). INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(26). https://doi.org/10.35631/IJMOE.726060