ANALISIS FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN: KAJIAN DI ZON OK9 MANGGATAL, KOTA KINABALU
ANALYSIS OF FACTORS INFLUENCING THE MASTERY OF READING SKILLS AMONG NATIONAL SCHOOL STUDENTS: A STUDY IN THE OK9 MANGGATAL ZONE, KOTA KINABALU
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.726074Keywords:
Faktor (Factors), Kemahiran Membaca (Reading Skills), Murid Sekolah (School Pupils), OK9, Penguasaan (Mastery)Abstract
Bahasa Melayu merupakan tonggak utama dalam pembelajaran dan perkembangan akademik murid di sekolah kebangsaan. Penguasaan kemahiran membaca yang lemah boleh menghalang pencapaian akademik murid dan menyebabkan mereka tercicir dalam pendidikan. Masalah keciciran ini sering kali berkait rapat dengan pelbagai faktor yang menghalang murid daripada menguasai kemahiran membaca dengan efektif. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid sekolah kebangsaan di Zon OK9 Manggatal, Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah pengumpulan data melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan guru dan pentadbir sekolah di beberapa buah sekolah dalam zon tersebut. Penguasaan kemahiran membaca dianggap sebagai asas penting dalam kejayaan akademik, dan ia dipengaruhi oleh faktor-faktor peribadi, keluarga, sekolah, serta persekitaran. Hasil kajian mendapati dua faktor utama yang menyumbang kepada keciciran penguasaan kemahiran membaca, iaitu faktor endogen (dalaman murid) dan eksogen (luaran seperti keluarga dan sekolah). Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor utama yang mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca murid, sekaligus memberikan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran membaca di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan penting kepada pendidik, pihak sekolah, serta pemegang taruh lain dalam merancang dan melaksanakan strategi yang lebih efektif untuk mempertingkatkan kemahiran membaca murid di masa depan.
The Malay language is a cornerstone in the learning and academic development of students in national schools. A lack of proficiency in reading skills can hinder a student's academic achievement and lead to educational setbacks. This issue of academic underachievement is often closely related to various factors that prevent students from mastering reading skills effectively. Considering this, this study aims to analyze the factors influencing the mastery of reading skills among students in national schools within the OK9 Manggatal Zone, Kota Kinabalu. The study employs a qualitative approach, using semi-structured interviews as the data collection method, involving teachers and school administrators from several schools within the zone. Mastery of reading skills is considered a key foundation for academic success, and it is influenced by personal, family, school, and environmental factors. The findings of the study reveal two main factors contributing to the underachievement in reading mastery: endogenous factors (internal to the students) and exogenous factors (external factors such as family and school). The results of this study are expected to provide a deeper understanding of the primary factors affecting students' mastery of reading skills, while also offering recommendations to enhance the effectiveness of reading instruction in the schools involved. Furthermore, this study is hoped to serve as an important reference for educators, school authorities, and other stakeholders in planning and implementing more effective strategies to improve students’ reading skills in the future.
