PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENGAJARAN BIDANG AL-QURAN DI SEKOLAH RENDAH: SATU TINJAUAN LITERATUR
THE USE OF ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) IN THE TEACHING OF THE QURAN IN PRIMARY SCHOOLS: A LITERATURE REVIEW
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.728019Keywords:
AI, Guru (Teacher), Keberkesanan AI (Effectiveness Of AI), Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Pendidikan Islam (Islamic Education), Pengajaran Al-Quran (Teaching The Quran), Sekolah Rendah (Primary School)Abstract
Kemunculan kecerdasan buatan (AI) dalam era Revolusi Industri 4.0 telah memberikan impak besar terhadap pelbagai bidang, termasuk dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pendidikan Islam, khususnya dalam pengajaran Al-Quran oleh guru sekolah rendah telah menjadi satu inovasi yang semakin berkembang dalam era digital ini. Kajian ini bertujuan untuk meneliti secara mendalam penggunaan AI dalam pengajaran al-Quran, khususnya dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penggunaan AI, meneliti keberkesanan AI dalam pengajaran al-Quran, dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi guru semasa melaksanakan pengajaran berasaskan AI. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kepustakaan, iaitu dengan menganalisis secara sistematik bahan-bahan ilmiah seperti jurnal, artikel akademik yang berkaitan dengan topik. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa penggunaan AI dalam pendidikan Islam semakin meluas di peringkat global, termasuk Malaysia, dan berpotensi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang dikenal pasti melalui kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa AI berpotensi mempertingkat keberkesanan dan interaktiviti dalam pengajaran, namun pelaksanaannya masih berdepan pelbagai kekangan seperti tahap literasi teknologi guru, kesesuaian kandungan AI dengan nilai Islam, serta kurangnya garis panduan rasmi. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan awal kepada pendidik, pembuat dasar dan penyelidik dalam merancang integrasi teknologi AI secara efektif dan beretika dalam pengajaran al-Quran di sekolah rendah.
The emergence of artificial intelligence (AI) in the era of the Industrial Revolution 4.0 has had a great impact on various fields, including in the field of education in Malaysia. The use of artificial intelligence (AI) in the field of Islamic education, especially in the teaching of the Al-Quran by primary school teachers, has become a growing innovation in this digital era. This study aims to examine in depth the use of AI in the teaching of the Quran, especially among Islamic Education teachers in primary schools. The objective of this study is to identify the factors that drive the use of AI, examine the effectiveness of AI in teaching the Quran, and identify the challenges faced by teachers when implementing AI-based teaching. The research methodology uses a qualitative approach through the literature review method, which involves systematically analyzing scientific materials such as journals, academic articles related to the topic. A literature review shows that the use of AI in Islamic education is expanding globally, including Malaysia, and has the potential to improve learning effectiveness. However, there are still some challenges and constraints identified through this study. The results of the study found that AI has the potential to improve the effectiveness and interactivity in teaching, but its implementation still faces various constraints such as the level of technology literacy of teachers, the compatibility of AI content with Islamic values, as well as the lack of official guidelines. This study is expected to be an initial reference for educators, policy makers and researchers in planning the effective and ethical integration of AI technology in the teaching of the Quran in primary schools.
