PENEROKAAN KONSEP DAN PENERAPAN PENGURUSAN INTEGRITI DALAM KARYA TERPILIH SASTERAWAN NEGARA S. OTHMAN KELANTAN

EXPLORATION OF THE CONCEPT AND APPLICATION OF INTEGRITY MANAGEMENT IN SELECTED WORKS OF NATIONAL LAUREATE S. OTHMAN KELANTAN

Authors

  • Nor Fairuzshida Zulkifli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Azhar Hj Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.728020

Keywords:

Pengurusan Intergiti (Integrity Management), Karya Prosa Melayu (Malay Prose Works), Novel Juara (Juara Novel), Perjudian Dan Nagogho Astana, Kesusasteraan Melayu Komunikatif (Communicative Malay Literature)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka konsep dan penerapan prinsip pengurusan berteraskan integriti dalam karya prosa Melayu di Malaysia. Kajian ini memberi tumpuan kepada bagaimana prinsip tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu, khususnya melalui analisis tiga buah novel terpilih: Juara, Perjudian dan Nagogho Astana. Kajian ini menangani jurang dalam kajian sedia ada yang kurang meneliti penerapan prinsip pengurusan-terutamanya integriti dan kepimpinan dalam karya sastera Melayu serta kesannya terhadap pembentukan nilai dalam pendidikan kesusasteraan. Objektif kajian ini adalah: (i) menganalisis penerapan prinsip pengurusan dalam karya S. Othman Kelantan khususnya Perjudian dan Juara; dan (ii) meneliti bagaimana prinsip seperti perancangan, pengorganisasian, penstafan, kepimpinan dan kawalan digunakan untuk membentuk struktur jalan cerita, watak serta penyampaian tema. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks untuk mengumpul serta menganalisis data berkaitan prinsip-prinsip tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa prinsip kepimpinan berintegriti diterapkan melalui gambaran kepimpinan yang berkesan dalam pengurusan organisasi dan pencapaian matlamat. Prinsip-prinsip ini menonjolkan gaya kepimpinan yang berasaskan kepercayaan, akauntabiliti dan etika. Kesimpulannya, penerapan prinsip pengurusan dalam karya sastera menyumbang secara signifikan terhadap pembangunan watak dan perjalanan cerita serta memperlihatkan keberkesanan kepimpinan. Kajian mencadangkan agar prinsip ini terus diterapkan dalam karya sastera sebagai medium pendidikan nilai murni dan dijadikan rujukan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti.

This study aims to explore the concept and application of integrity-based management principles in Malay prose works in Malaysia. It focuses on how these principles are applied in the teaching and learning of Malay Literature, particularly through the analysis of three selected novels: Juara, Perjudian, and Nagogho Astana. The study addresses a gap in existing research, which has seldom examined the integration of management principles - particularly integrity and leadership - within Malay literary works and their influence on value formation in literary education. The objectives of this study are: (i) to analyze the application of management principles in the works of S. Othman Kelantan, particularly Perjudian and Juara; and (ii) to examine how principles such as planning, organizing, staffing, leading, and controlling are utilized to shape plot structure, character development, and thematic delivery. The study employs library research and textual analysis methods to collect and analyze data related to these principles. The findings indicate that the principle of integrity-based leadership is reflected through depictions of effective leadership in organizational management and goal achievement. These principles highlight leadership styles founded on trust, accountability, and ethics. In conclusion, the application of management principles in literary works significantly contributes to character development and narrative progression while demonstrating leadership effectiveness. The study suggests that such principles should continue to be integrated into literary works as a medium for moral education and used as a reference in the teaching of Malay Literature to cultivate future leaders of integrity.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

03-12-2025

How to Cite

Zulkifli, N. F., & Wahid, A. H. (2025). PENEROKAAN KONSEP DAN PENERAPAN PENGURUSAN INTEGRITI DALAM KARYA TERPILIH SASTERAWAN NEGARA S. OTHMAN KELANTAN: EXPLORATION OF THE CONCEPT AND APPLICATION OF INTEGRITY MANAGEMENT IN SELECTED WORKS OF NATIONAL LAUREATE S. OTHMAN KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(28), 253–264. https://doi.org/10.35631/IJMOE.728020