TEORI DAN PENGETAHUAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN MENURUT PERSPEKTIF IBN KHALDUN: SATU ULASAN

SOCIOLOGICAL THEORY AND KNOWLEDGE IN EDUCATION ACCORDING TO PERSPECTIVE IBN KHALDUN'S: ONE REVIEW

Authors

  • Nurul Aini Zainal Abidin Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azhar Hj Wahid Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.728022

Keywords:

Teori Sosiologi (Sociological Theory), Ilmu Pengetahuan (Science), Pendidikan (Education), Ibn Khaldun

Abstract

Artikel ini mengkaji kepentingan teori dan ilmu sosiologi dalam perkembangan ilmu pengetahuan, khususnya dalam konteks pendidikan yang berkait rapat dengan peradaban Islam dan tamadun global. Berdasarkan perspektif Ibn Khaldun, seorang pelopor dalam teori kemasyarakatan dan sosiologi, artikel ini membincangkan pandangan serta sumbangan beliau terhadap bidang ini. Fokus utama merangkumi peranan transformasi pendidikan dalam memajukan ketamadunan ilmu pengetahuan serta gagasan-gagasan utama Ibn Khaldun dalam ilmu sosiologi. Pendekatan Ibn Khaldun dalam menganalisis dan mempertahankan peradaban secara menyeluruh dihasilkan melalui kerangka pemikiran yang unik dan tersendiri. Kajian ini membincangkan sumbangan Ibn Khaldun terhadap transformasi pendidikan dan kemajuan ketamadunan. Umat Islam menghadapi krisis nilai akibat penerimaan nilai liberalisme dan sekularisme secara tidak kritis dalam sistem pendidikan kontemporari, menyebabkan ketergantungan kepada Barat serta kealpaan terhadap warisan keilmuan Islam. Pendekatan ulasan literatur dan analisis kandungan terhadap Muqaddimah serta sumber sekunder, melalui pemerhatian empirik dan analisis sistematik. Kesimpulannya, kematangan Ibn Khaldun sebagai cendekiawan Islam dalam memacu pembangunan insan terbukti melalui keberkesanan dan relevansi pemikirannya yang kekal hingga kini.

This article examines the importance of sociological theory and knowledge in the development of knowledge, especially in the context of education which is closely related to Islamic civilization and global civilization. Based on the perspective of Ibn Khaldun, a pioneer in social theory and sociology, this article discusses his views and contributions to this field. The main focus includes the role of educational transformation in advancing the civilization of knowledge as well as Ibn Khaldun's main ideas in sociology. Ibn Khaldun's approach in analyzing and defending civilization comprehensively is produced through a unique and distinctive framework of thought. This study discusses Ibn Khaldun's contribution to the transformation of education and the progress of civilization. Muslims are facing a crisis of values ​​due to the uncritical acceptance of liberalism and secularism in the contemporary education system, causing dependence on the West and neglect of the Islamic scholarly heritage. A literature review approach and content analysis of the Muqaddimah and secondary sources, through empirical observation and systematic analysis. In conclusion, Ibn Khaldun's maturity as an Islamic scholar in driving human development is proven through the effectiveness and relevance of his thoughts that remain to this day.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

How to Cite

Abidin, N. A. Z., & Wahid, A. H. (2025). TEORI DAN PENGETAHUAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN MENURUT PERSPEKTIF IBN KHALDUN: SATU ULASAN: SOCIOLOGICAL THEORY AND KNOWLEDGE IN EDUCATION ACCORDING TO PERSPECTIVE IBN KHALDUN’S: ONE REVIEW. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(28), 281–295. https://doi.org/10.35631/IJMOE.728022