PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
ADAPTIVE BEHAVIOR RESEARCH ON CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS: A BIBLIOMETRIC REVIEW (2014–2024)
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.728029Keywords:
Ketidakupayaan Intelektual (Intellectual Disability), Tingkah Laku Adaptif (Adaptive Behavior), Bibliometrik (Bibliometrics), Kanak-Kanak (Children), Trend Penyelidikan (Research Trends)Abstract
Tingkah laku adaptif merujuk kepada gabungan kemahiran konseptual, sosial dan praktikal yang membolehkan individu berfungsi secara berdikari serta menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. Penilaian tingkah laku adaptif menjadi asas penting dalam diagnosis, intervensi serta amalan pendidikan inklusif bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Namun, perbahasan yang tidak konsisten mewujudkan motivasi untuk meninjau perkembangannya dalam tempoh sedekad ini. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau landskap penyelidikan berkaitan tingkah laku adaptif dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui analisis bibliometrik terhadap 1,507 artikel yang diterbitkan dalam pangkalan data Scopus bagi tempoh 2014 hingga 2024. Analisis dijalankan menggunakan perisian VOSviewer dan Biblioshiny for R, melibatkan pemetaan kata kunci, analisis petikan bersama (co-citation), analisis kemunculan serentak (co-occurrence), word cloud dan evolusi tematik. Dapatan menunjukkan terdapat turun naik penerbitan sepanjang tempoh kajian dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Itali muncul sebagai negara penyumbang utama, manakala pengarang prolifik didominasi Chris Oliver, Marc J. Tassé, dan Richard Hastings. Analisis kata kunci mengenal pasti empat kluster utama, iaitu dimensi psikologi dan sosial, aspek perkembangan dan kognitif, kefungsian adaptif serta hasil tingkah laku serta aspek tingkah laku dan diagnostik. Evolusi tema turut memperlihatkan peralihan fokus penyelidikan daripada kajian asas dan kognitif kepada isu klinikal, kebolehpercayaan metodologi serta pembangunan instrumen dengan ciri-ciri psikometrik. Kajian ini menegaskan keperluan membangunkan instrumen penilaian yang sahih, melibatkan pendekatan berbilang penilai dan mengintegrasikan intervensi pendidikan berasaskan bukti. Implikasi kajian merangkumi pemakluman dasar, penambahbaikan intervensi serta sokongan komuniti bagi memperkukuh kualiti hidup dan integrasi sosial kanak-kanak berkeperluan khas. Secara kesimpulannya, terdapat keperluan untuk melaksanakan penyelidikan lanjutan bagi memahami dan mendalami tingkah laku adaptif bagi kanak-kanak berkeperluan khas ketidakupayaan intelek terutamanya dalam konteks negara-negara Asia dan Malaysia khususnya. Kajian ini juga menekankan kerjasama serantau dan global dalam berkongsi dapatan kajian serta merangka strategi dalam penyelesaian berkaitan isu-isu berkaitan tingkah laku adaptif dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Adaptive behavior refers to the constellation of conceptual, social, and practical skills that enable individuals to function independently and adjust to environmental demands. Assessing adaptive behavior is fundamental to diagnosis, intervention, and inclusive educational practice for children with special needs. However, inconsistent discourse in the field motivates a review of developments over the past decade. Accordingly, this study maps the research landscape on adaptive behavior among children with special needs through a bibliometric analysis of 1,507 articles indexed in Scopus from 2014 to 2024. Using VOSviewer and Biblioshiny for R, the analysis comprised keyword mapping, co-citation analysis, co-occurrence analysis, word clouds, and thematic evolution. Findings show fluctuations in publication output across the period, with the United States, the United Kingdom, Canada, and Italy emerging as leading contributors, and prolific authors including Chris Oliver, Marc J. Tassé, and Richard Hastings. Keyword analysis identified four main clusters: (i) psychological and social dimensions, (ii) developmental and cognitive aspects, (iii) adaptive functioning and behavioral outcomes, and (iv) behavioral and diagnostic aspects. Thematic evolution indicates a shift from foundational and cognitive studies toward clinical issues, methodological reliability, and the development of instruments with robust psychometric properties. The study underscores the need to develop valid assessment tools, adopt multi-informant approaches, and integrate evidence-based educational interventions. Implications include informing policy, strengthening interventions, and enhancing community support to improve quality of life and social integration for children with special needs. In conclusion, further research is required to deepen understanding of adaptive behavior among children with intellectual disabilities particularly in Asian contexts, with Malaysia as a focus. The study also emphasizes regional and global collaboration to share findings and devise strategies for addressing issues related to adaptive behavior and children with special needs.
