PENDEKATAN PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN TERAPAN TEORI SEMIOTIK DALAM NOVEL SAMPAH KARYA SHAHNON AHMAD
THE MANAGEMENT APPROACH TO TECHNOLOGY AND THE APPLICATION OF SEMIOTIC THEORY IN THE NOVEL SAMPAH BY SHAHNON AHMAD
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.728034Keywords:
Naratif (Narrative), Pendekatan Pengurusan (Management Approach), Sosiobudaya (Sociocultural), Teknologi (Technology), Teori Semiotik (Semiotic Theory)Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan pengurusan yang dipaparkan oleh pengarang melalui watak ‘Dia’ iaitu seorang pengemis dalam novel Sampah. Novel ini adalah wahana yang digunakan sebagai luahan pengalaman dan pemerhatian pengarang yang tergamit untuk melunaskan tanggungjawab moral dan sosial dalam menyampaikan mesej nilai kemanusiaan dan pengajaran hidup kepada masyarakat. Metode kajian adalah analisa teks dengan mengupas pendekatan pengurusan teknologi. Naratif teknologi dalam novel ini pula ditelahani dengan pengaplikasian teori semiotik Roland Barthes. Hasil dapatan kajian telah mengenalpasti bahawa naratif teknologi telah dijadikan tema dalam novel ini serta prinsip-prinsip pengurusan juga telah wujud bagi membincangkan perihalaku masyarakat yang terlena atas nama dan retorik kemajuan dan kemodenan. Realiti kehidupan masyarakat yang kurang cakna kepada hubungan antara manusia dengan manusia dan hubungan antara manusia dan Tuhan telah dipaparkan dengan makna yang berlapik dan berlapis bagi memastikan kesedaran wujud dalam pembacaan untuk merefleksi kedudukan dan nilai kemanusiaan yang berbaki. Novel ini juga telah mendedahkan tanpa pengurusan yang beretika dan terurus, teknologi yang seharusnya membawa kepada keselesaan hidup berubah menjadi satu dimensi negatif yang telah menidakkan hak seseorang dalam menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Maka objektif kajian adalah, pertamanya mengenalpasti bahawa novel Sampah membawa mesej mengenai teknologi dengan memahami makna atau simbol yang ditelitikan secara teori semiotik dan keduanya mengaplikasi prinsip pengurusan yang telah diguna oleh pengarang dalam novel Sampah ini.
This study aims to analyze the management approach portrayed by the author through the character “Dia,” a beggar in the novel Sampah. The novel serves as a medium for the author’s expression of experiences and observations, fulfilling a moral and social responsibility to convey messages of humanity and life lessons to society. The research method used is textual analysis, focusing on the management approach to technology. The technological narrative in this novel is examined through the application of Roland Barthes’ semiotic theory. The findings of the study reveal that the technological narrative serves as the central theme of the novel, and that management principles are present to discuss the behavior of a society lulled by the rhetoric of progress and modernity. The reality of a society that is neglectful of human-to-human and human-to-God relationships is depicted through layered and metaphorical meanings to ensure awareness arises in readers, prompting them to reflect on the remaining essence and value of humanity. The novel also exposes that without ethical and organized management, technology which should bring comfort and convenience to life, can turn into a negative dimension that deprives individuals of their right to a more meaningful and complete life. Therefore, the objectives of this study are: first, to identify that Sampah conveys a message about technology by interpreting meanings or symbols through semiotic theory; and second, to apply the management principles utilized by the author in the novel Sampah.
