PENGGUNAAN CHATGPT: TINJAUAN HUBUNGAN ANTARA TUJUAN AKADEMIK DAN PENCARIAN MAKLUMAT TERHADAP TAHAP KEPUASAN PELAJAR UUM
THE USE OF CHATGPT: A STUDY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN ACADEMIC PURPOSES AND INFORMATION-SEEKING AND THE LEVEL OF SATISFACTION AMONG UUM STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.728064Keywords:
Aplikasi ChatGPT (ChatGPT Application), Tujuan Akademik (Academic Purpose), Pencarian Maklumat (Information Seeking), Teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G) (Uses and Gratifications Theory (U&G), Kepuasan Pelajar (Student Satisfaction)Abstract
Kajian ini dijalankan bagi menilai motif penggunaan dan tahap kepuasan pelajar terhadap ChatGPT dalam konteks pendidikan, dengan mengambil kira dua konstruk utama iaitu tujuan akademik dan pencarian maklumat. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G) yang menekankan bagaimana pengguna aktif memilih media untuk memenuhi keperluan dan kepuasan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui tinjauan dalam talian yang diedarkan kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari pelbagai kolej. Sebanyak 379 respons diterima dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 27. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan ChatGPT untuk tujuan akademik dengan kepuasan pelajar, manakala pencarian maklumat tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu penyelidik akan datang unutk memahami bagaimana teknologi kecerdasan buatan seperti ChatGPT boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran, serta menjadi garis panduan untuk meneroka pembolehubah lain berkaitan tingkah laku pelajar dan AI dalam pendidikan tinggi.
This study was conducted to examine students’ usage motives and levels of satisfaction with ChatGPT in the context of education, considering two main constructs, namely academic purposes and information seeking. The study is grounded in the Uses and Gratifications (U&G) Theory, which emphasises how active users select media to fulfil their needs and achieve satisfaction. A quantitative approach was employed, with data collected through an online survey distributed to students of Universiti Utara Malaysia (UUM) from various colleges. A total of 379 responses were received and analysed using IBM SPSS version 27. Pearson correlation analysis revealed a significant relationship between the use of ChatGPT for academic purposes and student satisfaction, whereas information seeking did not show a significant relationship. Therefore, this study is expected to assist future researchers in understanding how artificial intelligence technology, particularly ChatGPT, can be utilised in learning, as well as to serve as a guideline for exploring other variables related to student behaviour and AI in higher education.
