KEBERKESANAN PLATFORM TECHDEEN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN FEQAH KSSM TINGKATAN LIMA
THE EFFECTIVENESS OF THE TECHDEEN PLATFORM IN ENHANCING UNDERSTANDING OF FORM FIVE KSSM FIQH
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.830009Keywords:
Feqah Tingkatan Lima (Form Five Fiqh), KSSM, Laman Web Pendidikan (Educational Website), Pembelajaran Digital (Digital Learning), Pendidikan Islam (Islamic Education), Teknologi Pendidikan (Educational Technology)Abstract
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era Revolusi Industri 4.0 telah mendorong transformasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam bidang Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan laman web pembelajaran digital TechDeen sebagai medium sokongan pembelajaran bagi topik Feqah Tingkatan Lima Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembangunan TechDeen memberi tumpuan kepada penyediaan nota ringkas, kandungan visual serta elemen interaktif seperti kuiz dan permainan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman, motivasi dan penglibatan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik dalam talian menggunakan Google Form. Seramai 125 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima, guru Pendidikan Islam dan ibu bapa terlibat sebagai sampel kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menilai tahap kefahaman, kebolehgunaan serta penerimaan pengguna terhadap platform TechDeen. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap semua tajuk Feqah berada pada tahap tinggi, dengan majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap reka bentuk, kekemasan dan keberkesanan platform sebagai bahan pembelajaran dan ulang kaji. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa integrasi teknologi digital melalui pembangunan laman web TechDeen berpotensi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta menyokong pelaksanaan pedagogi abad ke-21 secara lebih interaktif dan berpusatkan pelajar.
The rapid development of information and communication technology (ICT) in the era of the Fourth Industrial Revolution has driven significant transformations in teaching and learning approaches, including in the field of Islamic Education. This study aims to develop and evaluate the effectiveness of the TechDeen digital learning website as a supportive learning medium for the Form Five Fiqh topics of the Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). The development of TechDeen focuses on providing concise notes, visual content, and interactive elements such as quizzes and educational games to enhance students’ understanding, motivation, and engagement.This study employed a descriptive quantitative research design, with data collected through an online questionnaire using Google Form. A total of 125 respondents, consisting of Form Five students, Islamic Education teachers, and parents, participated as the study sample. The data were analysed using descriptive statistics to evaluate the level of understanding, usability, and user acceptance of the TechDeen platform. The findings indicate that students’ understanding of all Fiqh topics was at a high level, with the majority of respondents providing positive feedback on the design, neatness, and effectiveness of the platform as a learning and revision tool. Overall, this study demonstrates that the integration of digital technology through the development of the TechDeen website has the potential to enhance the effectiveness of teaching and learning in Islamic Education and to support the implementation of 21st-century pedagogy in a more interactive and student-centred manner.
Downloads
References
Amalan pentaksiran alternatif digital guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Kebangsaan.(2023). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 7(1), 44–57. https://attarbawiy.uis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/151/?utm_
Gikandi, John W., Morrow, D., & Davis, N. E. (2011). Online formative assessment in highereducation: A review of the literature. Computers & Education, 57(4), 2333–2351.https://docslib.org/doc/8339321/
Hairit, Ahmad. (2025). E-Learning 2025: Personalizing children’s learning through AI and virtual reality. Journal of Islamic Elementary Education, 3(1), 291–303. E-Learning 2025: Personalizing Children's Learning through AI and Virtual Reality
Ishak, Mohd Faizal, Sabilan, Siti, Mohamed Lip, Siti, Sulaiman, Siti Hajar, & Abidin, Siti Zulaikha. (2024). Analisis pengalaman mengajar guru Pendidikan Islam dalam kesediaan melaksanakan pengajaran secara dalam talian. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 8(1), 159–175. ANALISIS PENGALAMAN MENGAJAR GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM KESEDIAAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN
Keberkesanan kaedah pembelajaran dalam talian menggunakan Google Classroom bagi kursus Pengajian Islam. (2025). Asian Journal of Environment, History and Heritage. https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/download
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. https://moe.gov.my/storage/files/shares/Dasar/PPPM/Pelan%20Pembangunan%20Pendidikan%202013%20-%202025%20Prasekolah%20-%20Lepas%20Menengah.pdf
Lubis, M. A., Lampoh, A. A., Yunus, M. M., Shahar, S. N., & Ishak, N. M. (2011). The use of ICT in teaching Islamic subjects in Brunei Darussalam. International Journal of Education and Information Technologies, 5(1). https://www.naun.org/main/NAUN/educationinformation/19-562.pdf
Mohd Nawi, Mohd Zaki. (2020). Transformasi pengajaran dan pembelajaran multimedia dalam Pendidikan Islam: Satu perbincangan. Journal of ICT in Education, 7(2), 14–26. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/3770
Mohd Nawi, Roslan, Abdullah, Mohd, & Bahurudin Setambah, Mohd Azhar. (2024). Pengajaran dan pembelajaran kontekstual dalam bidang Usul al-Fiqh bagi mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah di Malaysia: Satu sorotan pendekatan pengajaran. Attarbawiy:
Malaysian Online Journal of Education, 8(2), 120–132. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM BIDANG USUL AL-FIQH BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH DI MALAYSIA
Nor Azhan, Noor Azlan, & Noor Shamshinar, Zainab. (2024). Kesediaan guru pelatih dalam memanfaatkan pelaksanaan pedagogi digital abad ke-21. International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 1, 65–81. https://ijalal.uis.edu.my/index.php/ijalal/article/download/89/40?utm
Suhadi, Ahmad Yusof, & Mustaffa, Norhayati. (2023). Online learning makes student perform better: A quantitative study of interactivity during class and academic performance among USIM students. Al-i’lam: Journal of Contemporary Islamic Communication and Media, 3(1). https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13488?
Susanti, Siti, Nursafitri, Laila, Hamzah, Ismail, et al. (2024). Innovative digital media in Islamic religious education learning. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 21(1). https://ejournal.uin-suka.ac.id/tarbiyah/jpai/article/view/v21i1.7553
Tamuri, Ab. Halim. (2012). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah menengah. Journal of Islamic and Arabic Education, 4(1), 1–12. A New Approach in Islamic Education: Mosque Based Teaching and Learning
Using E-Learning Platforms in Teaching Islamic Education. (2025). Journal of Islamic Educational Research, 11(1). 0128-2069 - Using E-Learning Platforms in Teaching Islamic Education
Usability evaluation of digital learning tools for online assessment: A study of Malaysian technical education institutions. (2025). International Journal of Research and Innovation in Social Science. https://rsisinternational.org/journals/ijriss/Digital-Library/volume-9-issue-9/2082-2090.pdf
