INTEGRASI KANDUNGAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BAGI MENJAMIN KESIHATAN MENTAL MURID: SATU CADANGAN
INTEGRATION OF ISLAMIC PSYCHOSPIRITUAL CONTENT IN ISLAMIC EDUCATION TEACHER TO ENSURE STUDENTS’ MENTAL HEALTH: A PROPOSAL
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.830013Keywords:
Kesihatan Mental (Mental Health), Psikospiritual Islam Islam (Islamic Psychospiritual), Pendidikan Islam (Islamic Education), Integrasi (Integration)Abstract
Isu kesihatan mental dalam kalangan murid semakin membimbangkan dan memerlukan pendekatan pendidikan yang lebih holistik, khususnya melalui pengajaran Pendidikan Islam yang bukan sahaja menekankan aspek kognitif, tetapi turut memberi perhatian kepada kesejahteraan emosi, rohani dan sahsiah murid. Namun begitu, pengintegrasian kandungan psikospiritual Islam dalam pengajaran guru Pendidikan Islam masih kurang dibincangkan secara tersusun sebagai satu pendekatan sokongan terhadap penjagaan kesihatan mental murid. Justeru, kertas konsep ini bertujuan membincangkan keperluan integrasi kandungan psikospiritual Islam dalam pengajaran guru Pendidikan Islam bagi membantu menjamin kesejahteraan mental murid. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan meneliti kajian lepas, penerbitan jurnal, dokumen dasar pendidikan dan pandangan para sarjana berkaitan psikospiritual Islam, kesihatan mental serta pengajaran Pendidikan Islam. Hasil perbincangan mendapati bahawa kandungan amalan psikospiritual Islam seperti tazkiyah al-nafs, muhasabah, sabar, syukur, tawakal, reda dan mahabbah berpotensi membantu murid mengurus tekanan, membina ketahanan emosi, memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta membentuk sahsiah yang seimbang. Selain itu, integrasi kandungan ini boleh dilaksanakan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK), bahan pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran berpusatkan guru dan murid, serta aktiviti kokurikulum. Dari sudut implementasi, kertas konsep ini mencadangkan agar guru Pendidikan Islam mengintegrasikan kandungan psikospiritual Islam secara lebih eksplisit, berstruktur dan bermakna dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pendekatan ini diharapkan dapat menjadi panduan awal kepada guru dalam membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
Mental health issues among students are becoming increasingly concerning and require a more holistic educational approach, particularly through the teaching of Islamic Education, which should not only emphasise cognitive aspects but also address students’ emotional, spiritual and character development. However, the integration of Islamic psychospiritual content in the teaching of Islamic Education teachers remains insufficiently discussed in a structured manner as a supportive approach to students’ mental health care. Therefore, this concept paper aims to discuss the need to integrate Islamic psychospiritual content into the teaching of Islamic Education teachers to help ensure students’ mental well-being. This study employs a library research method by examining previous studies, journal publications, educational policy documents and scholarly views related to Islamic psychospirituality, mental health and the teaching of Islamic Education. The findings of the discussion indicate that Islamic psychospiritual practices such as tazkiyah al-nafs, muhasabah, patience, gratitude, reliance on Allah, acceptance and mahabbah have the potential to help students manage stress, build emotional resilience, strengthen their relationship with Allah SWT and develop a balanced character. In addition, the integration of this content can be implemented through Cross-Curricular Elements (EMK), teaching and learning materials, teacher-centred and student-centred teaching strategies, as well as co-curricular activities. In terms of implementation, this concept paper proposes that Islamic Education teachers integrate Islamic psychospiritual content more explicitly, structurally and meaningfully into the Teaching and Learning process. This approach is expected to serve as an initial guide for teachers in developing students who are balanced in terms of physical, emotional, spiritual, intellectual and social aspects, in line with the aspirations of the National Education Philosophy and the Islamic Education Philosophy.
Downloads
References
Abdul Wahab, M., Zulkifli, N., & Hassan, R. (2020). Spiritual well-being and emotional resilience among Muslim students. Journal of Islamic Psychology, 7(1), 15–28.
Al-Ghazali, A. H. (2003). Al-arba’in fi al-usul. Dar al-Bashir.
al-Makki, A. T. M. ibn Ali ibn Atiyyah. (2005). Qut al-qulub fi muamalat al-mahbub wa wasf tariq al-murid ila maqam al-tawhid (Asim Ibrahim al-Kayyali, Ed.; 2nd ed., Vols. 1–2). Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Brookhart, S. M. (2007). Expanding views about formative classroom assessment: A review of the literature. In Formative classroom assessment: Theory into practice (pp. 43–62).
Ensiklopedia Hukum Islam. (t.t.). Ensiklopedia hukum Islam (Jil. 2, hlm. 592). PT Ichtiar Baru Van Hoeve.
Halid, S. (2023, Jun 16). KPM disaran saring kesihatan mental murid sekolah dua kali setahun. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1115197/kpm-disaran-saring-kesihatan-mental-murid-sekolah-dua-kali-setahun
Hamzah, S., & Rahman, A. (2019). The role of Islamic education in shaping adolescent character development. Jurnal Pendidikan Islam, 11(2), 55–70.
Ibn Nujaym al-Hanafi, Z. al-D. I. I. M. al-M. (1997). Al-bahr al-ra’iq sharh kanz al-daqa’iq fi furu‘ al-Hanafiyah. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, M. I. A. B. A. Z. (2011). Madarij al-salikin. Darul as-Somi’e.
Institut Kesihatan Umum. (2023). National Health and Morbidity Survey 2022: Adolescent Health Survey (AHS) 2022. National Institutes of Health, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Institut Kesihatan Umum. (2023). Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja — Infografik. National Institutes of Health, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ismail, N., Yusoff, M., & Abdullah, H. (2022). Islamic spiritual practices and mental health among adolescents: A coping perspective. International Journal of Islamic Studies, 4(3), 101–115.
Ismail, S. H. (2015). Pembangunan insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development, 8(2), 83–100.
Kass, J. D. (2017). A person-centered approach to psychospiritual maturation: Mentoring psychological resilience and inclusive community in higher education. Palgrave Macmillan. https://doi.org/10.1007/978-3-319-57919-1
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025: Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Kurikulum Persekolahan 2027. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2026). Keunggulan global: Lonjakan 7 RPTM 2026–2035.
Khalil, A. (2012). Abu Talib al-Makki and the nourishment of hearts (Qut al-qulub) in the context of early Sufism. The Muslim World, 102(2), 340–367. https://doi.org/10.1111/j.1478-1913.2011.01361.x
Malik Badri. (2018). Contemplation: An Islamic psychospiritual study. IIIT London Office.
Mazlan, N. M., & Mohd Burhan, N. (2024). Analisa kajian psikospiritual Islam di Malaysia: Sorotan kajian sistematik (SLR). Gading Journal for Social Sciences, 27(Special Issue KONAKA), 93–102.
Mohd Akib, M. M., Md Yahya, N. S., Syed Muhsin, S. B., & Sa’ari, C. Z. (2025). Terapi psikospiritual berdasarkan konsep ketenangan jiwa menurut Al-Tafsir Al-Kabir dalam menangani remaja berisiko. QURANICA: International Journal of Quranic Research, 17(2), 237–268.
Mokhtar, S., Thia, K., Ramlie, H. A., & Abang Muis, A. M. R. (2019). Falsafah Pendidikan Islam merentas kurikulum alaf ke-21. Dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali Ke-2. Universiti Malaysia Sabah.
Muhsin, B. S., & Sa’ari, Z. (2015). Kaedah psikoterapi Islam berasaskan konsep maqamat Abu Talib al-Makki. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhafizah Musa, & Che Zarrina Sa’ari. (2019). Pendekatan psikoterapi Islam dalam menguruskan tekanan pesakit kronik. Jurnal Usuluddin, 47(1), 1–34.
Rosni, N., Ahmad, Z., & Rahman, M. (2019). Pendekatan psikospiritual dalam pembangunan insan menurut perspektif Islam. Jurnal Psikologi Islam, 5(2), 45–60.
Sharifah, B. (2021). Model psikospiritual Islam dalam pembangunan kesihatan mental pelajar. Jurnal Pendidikan Islam, 8(1), 23–35.
Sharifah Basirah Syed Muhsin, & Che Zarrina Sa’ari. (2015). Kaedah psikoterapi Islam berasaskan konsep maqamat Abu Talib al-Makki. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sinar Harian. (2023, Julai 5). [Eksklusif] Pelajar makin terdedah gejala mental. Sinar Harian.
Tengku Kasim, T. S. A., Ahmad, S. S., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2024). Psikoterapi tasawuf dan peranannya dalam pengurusan emosi pelajar. Journal of Islamic Educational Research, 10(1), 62–69.
Zaharah Hussin. (2000). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan. Dalam Konsep kesepaduan ‘inter’ dalam kurikulum pendidikan sains sosial (hlm. 105–125).
Zainuddin, A., Karim, F., & Salleh, M. (2021). Intrinsic motivation and academic resilience
