AMALAN PENGAJARAN GURU PEMULIHAN KHAS TERHADAP KEMAHIRAN MEMBACA MURID SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES KUALITATIF

TEACHING PRACTICES OF SPECIAL REMEDIAL TEACHERS IN ENHANCING READING SKILLS AMONG PRIMARY SCHOOL PUPILS: A QUALITATIVE CASE STUDY

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.830048

Keywords:

Program Pemulihan Khas (Special Remedial Programme), Kemahiran Membaca (Reading Skills), Amalan Pengajaran (Teaching Practices), Guru Pemulihan Khas (Special Remedial Teachers), Kajian Kes Kualitatif (Qualitative Case Study)

Abstract

Penguasaan kemahiran membaca merupakan asas penting dalam perkembangan literasi murid sekolah rendah dan menjadi prasyarat kepada pencapaian akademik dalam pelbagai bidang pembelajaran. Walau bagaimanapun, sebahagian murid dalam Program Pemulihan Khas masih berhadapan dengan kesukaran menguasai kemahiran membaca walaupun pelbagai intervensi pengajaran telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menganalisis amalan pengajaran guru pemulihan khas terhadap kemahiran membaca bagi murid sekolah rendah dalam Program Pemulihan Khas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang melibatkan enam orang guru pemulihan khas daripada enam buah sekolah rendah. Data dikumpulkan melalui pemerhatian bilik darjah, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen pengajaran. Pengumpulan data lapangan dijalankan dalam tempoh enam bulan melibatkan beberapa siri pemerhatian pengajaran membaca bagi setiap peserta kajian. Secara keseluruhannya, lebih daripada 18 sesi pemerhatian bilik darjah dijalankan dengan setiap sesi mengambil masa antara 30 hingga 60 minit bergantung pada jadual pengajaran sekolah. Sepanjang proses pengumpulan data, penyelidik turut merekodkan nota lapangan berkaitan interaksi bilik darjah, respons murid dan penyesuaian pedagogi guru bagi meningkatkan kedalaman interpretasi data. Pemerhatian dilaksanakan secara berulang bagi membolehkan penyelidik memahami pola pengajaran guru dengan lebih mendalam serta mengurangkan kebergantungan pada pemerhatian yang bersifat sepintas lalu. Penglibatan lapangan yang berterusan ini membantu penyelidik membina pemahaman kontekstual tentang interaksi bilik darjah, respons murid dan pelaksanaan pedagogi dalam Program Pemulihan Khas. Data dianalisis menggunakan analisis tematik dengan bantuan perisian NVivo. Dapatan kajian menunjukkan empat amalan pengajaran utama yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas, iaitu aplikasi bahan bantu mengajar, penggunaan kaedah fonik dan multisensori, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara berstruktur serta pendekatan pembelajaran terbeza mengikut tahap penguasaan murid. Dapatan turut menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang responsif terhadap keperluan murid membantu meningkatkan penglibatan dan sokongan pembelajaran membaca dalam bilik darjah pemulihan khas. Kajian ini memberikan implikasi terhadap pengukuhan amalan pedagogi guru pemulihan khas, khususnya dalam aspek perancangan pengajaran, penggunaan bahan sokongan pembelajaran dan pelaksanaan pendekatan pengajaran yang lebih fleksibel dan berfokuskan keperluan murid.

Reading proficiency is a fundamental component in the literacy development of primary school pupils and serves as a prerequisite for academic achievement across various learning domains. However, some pupils in the Special Remedial Programme continue to experience difficulties in mastering reading skills despite the implementation of various instructional interventions. Therefore, this study aimed to analyse the teaching practices of Special Remedial teachers in enhancing the reading skills among primary school pupils in the Special Remedial Programme. This study employed a qualitative approach using a case study design involving six Special Remedial teachers from six primary schools. Data were collected through classroom observations, semi-structured interviews and the analysis of instructional documents. The data were analysed using thematic analysis with the support of NVivo software. The findings revealed four major teaching practices implemented by the teachers, namely the application of teaching aids, the use of phonics and multisensory approaches, structured teaching and learning implementation, and differentiated learning approaches based on pupils’ reading proficiency levels. The findings further indicated that responsive teaching practices tailored to pupils’ learning needs enhanced pupils’ engagement and supported reading development within the Special Remedial classroom context. This study provides implications for strengthening pedagogical practices among Special Remedial teachers, particularly in lesson planning, the use of instructional support materials and the implementation of more flexible and learner-centred teaching approaches.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rasid Jamian, & Yahya Othman. (2018). Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan khas. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1–12.

Ardoin, S. P., Williams, J. C., Klubnik, C., & McCall, M. (2020). Multisensory instruction in reading: A meta-analysis. Journal of Learning Disabilities, 53(3), 192–208. https://doi.org/10.1177/0022219420903754

Birsh, J. R., & Carreker, S. (2018). Multisensory teaching of basic language skills (4th ed.). Paul H. Brookes Publishing.

Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27–40.

Castles, A., Rastle, K., & Nation, K. (2018). Ending the reading wars: Reading acquisition from novice to expert. Psychological Science in the Public Interest, 19(1), 5–51. https://doi.org/10.1177/1529100618772271

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Duke, N. K., & Cartwright, K. B. (2021). The science of reading progresses: Communicating advances beyond the simple view of reading. Reading Research Quarterly, 56(S1), S25–S44. https://doi.org/10.1002/rrq.411

Ehri, L. C. (2020). The science of learning to read words: A case for systematic phonics instruction. Reading Research Quarterly, 55(S1), S45–S60.

Rasinski, T., Rupley, W. H., Paige, D. D., & Nichols, W. D. (2021). Alternative perspectives on reading fluency. Reading Psychology, 42(2), 115–142. https://doi.org/10.1080/02702711.2020.1862430

Tomlinson, C. A. (2017). How to differentiate instruction in academically diverse classrooms (3rd ed.). ASCD.

Tomlinson, C. A. (2021). So how do they help? Inside the differentiated classroom. ASCD.

Vaughn, S., Wanzek, J., Scammacca, N., Gatlin, B., Walker, M. A., & Capin, P. (2019). Effectiveness of reading interventions for students with reading difficulties. Exceptional Children, 85(1), 9–27. https://doi.org/10.1177/0014402918796135

Yahya Othman. (2018). Pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yin, R. K. (2018). Case study research and applications (6th ed.). SAGE Publications.

Zamri Mahamod. (2020). Pedagogi Bahasa Melayu abad ke-21. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, & Abdul Rasid Jamian. (2019). Pendidikan literasi Bahasa Melayu dalam konteks murid berkeperluan khas. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(2), 45–58.

Downloads

Published

29-06-2026

How to Cite

Ariffin, N. A., Kamal, S. S. L. A., & Sazan, D. (2026). AMALAN PENGAJARAN GURU PEMULIHAN KHAS TERHADAP KEMAHIRAN MEMBACA MURID SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES KUALITATIF: TEACHING PRACTICES OF SPECIAL REMEDIAL TEACHERS IN ENHANCING READING SKILLS AMONG PRIMARY SCHOOL PUPILS: A QUALITATIVE CASE STUDY. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 8(30), 758–774. https://doi.org/10.35631/IJMOE.830048