PENGAJARAN AL-QURAN DALAM TALIAN: ANALISIS KEMAHIRAN PEDAGOGI DAN CABARAN PELAJAR PLUS TAHFIZ DI UITM PERLIS

ONLINE QURAN TEACHING: AN ANALYSIS OF PEDAGOGICAL SKILLS AND CHALLENGES AMONG PLUS TAHFIZ STUDENTS AT UiTM PERLIS

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.831015

Keywords:

Kemahiran Pedagogi (Pedagogical Skills), Pembelajaran Digital (Digital Learning), Pendidikan Tahfiz (Tahfiz Education), Pengajaran Al-Quran Dalam Talian (Online Quran Teaching), Plus Tahfiz UiTM, UiTM Perlis

Abstract

Pengajaran al-Quran atas talian merupakan satu pendekatan baru dalam pendidikan Islam yang berkembang selari dengan kemajuan teknologi digital dan perubahan landskap pembelajaran semasa. Dalam konteks ini, penglibatan pelajar Plus Tahfiz di Universiti Teknologi MARA Perlis (UiTMPs) dalam mengendalikan kelas al-Quran secara dalam talian dilihat sebagai satu inisiatif yang bukan sahaja menyokong kelangsungan pendidikan al-Quran, malah menyumbang kepada pembangunan kemahiran pelatih. Namun demikian, keberkesanan pelaksanaan serta cabaran yang dihadapi masih memerlukan kajian khusus dari perspektif tenaga pengajar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengajaran al-Quran atas talian oleh pelajar Plus Tahfiz dalam Program Kelas Cinta Al-Quran (KCQ) dengan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran pengajaran, keberkesanan kelas, peluang ekonomi dan cabaran pelaksanaan. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama tenaga pengajar Plus Tahfiz UiTMPs. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema-tema utama yang muncul daripada pengalaman dan pandangan informan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan pelatih dalam pengajaran atas talian berjaya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka, khususnya dalam teknik penyampaian, komunikasi dan pengendalian kelas digital. Selain itu, kelas atas talian didapati berkesan berdasarkan pemerhatian pelatih terhadap peningkatan prestasi pelajar, termasuk keupayaan membaca al-Quran dengan lebih lancar. Kajian ini juga mendapati bahawa inisiatif ini membuka peluang penjanaan pendapatan kepada pelatih, di samping menyumbang kepada pembangunan kompetensi dan modal insan mereka. Namun begitu, pelaksanaan program berhadapan dengan beberapa cabaran, khususnya kekangan masa, perubahan jadual, masalah capaian internet, kesukaran mengekalkan fokus pelajar serta aspek pengurusan dan dokumentasi program. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran al-Quran atas talian berpotensi menjadi pendekatan pendidikan Islam yang efektif dan lestari sekiranya disokong dengan pengurusan masa yang sistematik, latihan pedagogi berterusan, infrastruktur digital yang baik serta pengurusan program yang lebih tersusun.

Online Quran teaching is a contemporary approach in Islamic education that has evolved in tandem with advances in digital technology and changes in the current learning landscape. In this context, the involvement of Plus Tahfiz students at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis in conducting online Quran classes is seen as an initiative that not only supports the continuity of Quranic education but also contributes to the development of trainees’ skills. Nevertheless, the effectiveness of its implementation and the challenges encountered still require further investigation, particularly from the perspective of instructors. Therefore, this study was conducted to explore online Quran teaching by Plus Tahfiz students through the Kelas Cinta Al-Quran (KCQ) Program, with a particular focus on the enhancement of teaching skills, the effectiveness of online classes, economic opportunities, and the challenges encountered in its implementation. The study adopts a qualitative design using semi-structured interviews with Plus Tahfiz instructors at UiTM Perlis. Data were analyzed using thematic analysis to identify key themes emerging from the experiences and perspectives of the informants. The findings indicate that involvement in online teaching enhanced the trainees’ pedagogical skills, particularly in terms of instructional delivery, communication, and digital classroom management. In addition, online classes were perceived as effective based on the trainees’ observations of improvements in students’ Quran reading performance, including greater reading fluency. The study also found that the initiative provided income-generating opportunities for the trainees while contributing to the development of their competencies and human capital. However, several implementation challenges were identified, particularly time constraints, schedule changes, internet connectivity issues, difficulties in maintaining students’ attention, and issues related to programme management and documentation. Overall, the findings suggest that online Quran teaching has the potential to serve as an effective and sustainable approach to Islamic education when supported by systematic time management, continuous pedagogical training, reliable digital infrastructure, and a more structured programme management system.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab Hamid, H., Narowi, M., Khairundin, S. A. A., & Khalid, M. F. (2022). Pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam situasi norma baharu pandemik COVID-19 dalam kalangan pensyarah Universiti Selangor: Isu dan cabaran. Sains Insani, 7(1), 9–14.

Abd Hamid, M. F., Ismail, M. J., Baharudin, H., & Surat, S. (2026). Impak pelaksanaan pementoran dalam pengajaran hifz al-Quran maahad tahfiz di Malaysia: Suatu sorotan awal. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 9(1), 13–28.

Abdullah, M. H., Ismail, M. Z., & Saad, A. H. (2025). Inovasi program Q-STEAM Superb Huffaz Kids Explorer: Satu kajian kes dalam pendidikan al-Quran. Firdaus Journal, 5(2), 113–128.

Abdullah, W. A. A. W., Razak, K. A., & Hamzah, M. I. (2023). Penerokaan terhadap pengetahuan yang digunakan oleh guru inovatif Pendidikan Islam untuk menghasilkan inovasi pengajaran. Akademika, 93(2), 89–101.

Abdullah, W. W. A. A. (2022). Guru inovatif Pendidikan Islam dalam inovasi pengajaran (Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Adi, M. F. A., Kamar, M. Z. S., & Nawi, M. I. M. (2026). Tahap penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh pensyarah tahfiz dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 13(1), 229–238.

Affindi, M. I. S., & Saad, M. F. M. (2026). The evaluation of technology use in the teaching of qiraat: Evaluasi penggunaan teknologi dalam pengajaran ilmu qiraat. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 35(3), 34–45.

Ahmad, A., & Adam, H. H. (2022). Dasar pendidikan tahfiz negara: Pelaksanaan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal Al-Anwar, 31–42.

Ali, N. B., Razaly, M. Z., Saja, M., & Hashim, N. (2022). Education challenges throughout the COVID-19 pandemic: Adaptation of the talaqqi concept in Islamic studies via online. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 27(2), 41–53.

Alrasi, F., Wandi, A., & Daus, F. (2026). Analisis teoretis inovasi pendidikan Islam: Perspektif teori difusi inovasi, pedagogik inovatif, dan teknologi pendidikan. Al-Ilmiya: Jurnal Pendidikan Islam, 1(4), 1636–1643.

Amir, D. S. M., Azmi, N. R. M. K., Zahid, W. N. F. W. M., & Hassan, S. N. S. (2023). Isu dan cabaran pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian. Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC), 6(11), 51–61.

Ar, M. D. F., Ihsan, M. M. A., & Islam, N. (2026). AI dan pembinaan adab dalam pendidikan Islam era digital berasaskan etika Islam. Educalia: Journal of Educational Research, 5(1), 71–94.

Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101.

Braun, V., & Clarke, V. (2022). Thematic analysis: A practical guide. SAGE Publications.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2023). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (6th ed.). SAGE Publications.

Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Fauzi, M. S. H. M., Hussin, Z., & Siraj, S. (2026). Model al-Qabisi dalam pendidikan hibrid: Sorotan literatur. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 13(2), 1–6.

Halim, W. M. H. W., Abdullah, M., & Ariffin, S. (2025). Analisis keberkesanan kaedah tahfiz dalam hafazan al-Quran: Kajian kes Muhammad Rifa’ei Bin Mat Zuki, Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024. Al-Bayan: Journal of Qur'an and Hadith Studies, 23(3), 602–625.

Haslin, K. M., & Hamzah, M. I. (2023). Pendigitalan pendidikan: Kesediaan dan cabaran terhadap murid dalam pembelajaran. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(1), 41–57.

Husin, N. (2021). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jurnal Pengajian Islam, 106–120.

Hussin, M. N., Wazir, R., & Rahman, K. A. A. (2021). Kajian awal tentang perlaksanaan pembelajaran atas talian dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jurnal Pengajian Islam, 14(1), 148–159.

Ilyas, M. (2024). Transformasi pendidikan Islam di era globalisasi dan teknologi: Tantangan dan solusi. Al-Abshor: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 1(2), 158–169.

Ismail, A., Osman, K., & Hassan, N. H. (2020). Cabaran pengajaran dan pembelajaran tasmik hafazan al-Quran secara atas talian sewaktu pandemik COVID-19. Bicara Dakwah, 21, 110–116.

Ismail, M. A. B., & Rahman, E. Z. E. A. (2020). Pedagogi abad ke-21 (PAK-21): Cabaran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran al-Quran. Dalam Proceedings of the International Conference on Educational Research (InCER 2020) (hlm. 95–102).

Ismail, M. J., Mohamad, S., Puji, T. I. Z. T., & Yusof, N. H. (2017). Strategi kecemerlangan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia: Satu tinjauan literatur. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 15(1), 55–65.

Ismail, S., Yusoff, H. M., Husin, H., Salleh, N. M. M., Lokman, K., Saad, M. F. A. M., & Suhaime, M. I. (2025). Aplikasi teknologi media dan manfaatnya dalam pembelajaran tahfiz di Malaysia: Media technology applications and their benefits in tahfiz learning in Malaysia. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 12(3), 179–191.

Japilan, N. H. A., Muhamad, N., & Saili, J. (2024). Analisis kritikal evolusi pendekatan pedagogi terbeza dalam pengajaran tilawah al-Quran: Satu tinjauan literatur. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 5(4), 236–250.

Jodi, K. H. M., Rahman, M. Z. A., Omar, R., & Rekan, A. A. (2026). Model cybergogi-talaqqi: Integrasi teknologi digital dan adab dalam pembelajaran pengajian Islam di institusi pendidikan tinggi. Jurnal Pemikir Pendidikan, 14(1), 24–45.

Jumri, M. F., Yaakub, M. S., & Ismail, M. Z. (2025). Analisis faktor kegagalan pelajar menamatkan pengajian Program Sijil Asas Tahfiz di PSAS melalui teknik kumpulan nominal. Dalam E-Prosiding International Conference on Business Studies and Education (ICBE) (hlm. 26–33).

Kaimin, S. K., Yussuf, A., Yakub, M., & Yusoff, Z. M. (2025). Amalan pembelajaran hifz al-Quran pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sekolah menengah kebangsaan agama di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 53(1), 99–126.

Khoiriyah, F., & Hidayatullah, I. A. (2026). Transformasi digital dalam pengelolaan pendidikan Islam. Salam Institute Islamic Studies, 3(1), 33–37.

Laila, A. N., Rahmawati, A., Azizah, N., & Chasanah, M. (2023). Pendampingan pemanfaatan aplikasi Al-Qur’an for Tahfiz sebagai media pembelajaran di pesantren. Amalee: Indonesian Journal of Community Research and Engagement, 4(1), 157–167.

Latiff, M. I. A., & Jaafar, N. (2024). Institusi tahfiz di Malaysia: Proses perkembangan dan cabaran. QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan Isu-Isu Kontemporari, 7(2), 54–63.

Lincoln, Y. S., & Guba, E. G. (1985). Naturalistic inquiry. Sage Publications.

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2016). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed.). Jossey-Bass.

Mohamad, W. M. W., & Teh, K. S. M. (2020). Kemahiran kreativiti berasaskan al-Quran dalam pembelajaran abad ke-21 pendidikan Islam. Dalam Proceedings of the 7th International Conference on Islamic Education (ICIEd 2020) (hlm. 444–455).

Ni’mah, I. R. (2025). Relevansi literasi digital dalam metode pembelajaran Al-Qur’an: Studi pada pendidikan Islam kontemporer. Jejak Digital: Jurnal Ilmiah Multidisiplin, 1(4), 922–929.

Othman, M. K. H., Idris, N. F. H. M., Yusof, M. R., Nawi, M. A. M., Zain, F. M., Hussain, M. A., & Hashim, A. (2025). Keperluan pembangunan model al-Quran pintar dalam PdPc hifz al-Quran berasaskan pendekatan VARK: Satu sorotan. Jurnal Kajian Islam dan Turath Antara-Bidang, 1–10.

Patton, M. Q. (2015). Qualitative research & evaluation methods (4th ed.). Sage Publications.

Rahman, M. Z. A. (2022). Perbezaan kaedah tilawah al-Quran secara bersemuka dan tidak bersemuka dalam kalangan pelajar di era pandemik COVID-19 dan endemik. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(2), 86–94.

Rajikal, W., & Hamzah, M. I. (2020). Kajian sistematik pengajaran abad ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 103–113.

Rosli, S. N. A., & Razak, K. A. (2021). Cabaran dan cadangan penyelesaian tasmik atas talian. Jurnal Ilmi, 11(1), 137–145.

Saili, J., Taat, M. S., & Awang Japilan, N. H. (2025). Penerokaan faktor-faktor pengetahuan teknologi pedagogi kandungan yang mempengaruhi amalan strategi pengajaran kreatif dalam pendidikan Islam. Voice of Academia, 21(2), 30–45.

Salleh, F. N. M., Azman, N. A. A., Abdullah, N. I., Rani, N. H. A., Asyikin, N. A., & Lee, A. I. (2025). Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar universiti: Kesan terhadap pembelajaran dan kebergantungan akademik. E-Journal of Islamic Thought & Understanding, 8(1), 82–99.

Salleh, N. M. M., Ismail, S., Yusoff, N. H. M., & Hussin, H. (2025). Pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran al-Quran: Analisis keberkesanan. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 12(4), 94–105.

Shaharuddin, S. A., Ismail, S., Mustafa, N. M., Yahaya, M., & Razali, K. S. (2024). Kemajuan inovasi aplikasi tahfiz digital: Satu kemudahan bagi pengajian tahfiz al-Quran di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 17(1), 133–146.

Shokri, S. S. M., Salihan, S., & Abd Hamid, M. H. (2021). Inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran program tahfiz di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 495–507.

Sohar, F., Azam, N. Q. P. K., Ariffin, M. F. M., Islam, B. K. M., & Azid, M. A. A. (2025). Cabaran pembudayaan ilmu Islam pasca norma baharu COVID-19. DIRASATICA, 1(1), 1–18.

Suhaila, Z. (2023). Kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan bersemuka: Kajian keberkesanan di Pusat Bimbingan Al-Quran dan Hafazan Al-Baghdadi, Batu Belah Klang (Tesis sarjana, Universiti Malaya).

Sutiono, S., Oktapiani, M., & Soraya, S. (2023). Improved ability to read Al-Qur’an through the Tahfidz Al-Qur’an mentoring model. International Journal of Emerging Issues in Islamic Studies, 3(1), 21–28.

Syahir, A. N. A., Abidin, M. S. Z., Sa’ari, C. Z., & Rahman, M. Z. A. (2025). Kecerdasan buatan dan transformasi digital dalam pengajian al-Quran: Satu tinjauan literatur sistematik. QURANICA: International Journal of Quranic Research, Special Issue(14), 542–585.

Talib, N. H. F., Mamat, M., & Sepiaail, M. (2024). Persepsi dan hala tuju pelajar dalam pengajian tahfiz. Tinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU), 10(2), 61–76.

Wan, A. W., Abdul, R. K., Hamzah, M. I., & Mohd, Z. N. (2023). Motivasi penghasilan inovasi pengajaran oleh guru inovatif Pendidikan Islam. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 7(1), 1–15.

Wan, C. W. S. B. C., Ahmad, S., Abd Rahman, K., & Junaini, S. N. (2025). Persepsi, cabaran dan etika: Analisis penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran di kalangan pelajar. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 12(4), 260–271.

Yasin, D. H. F. (2025). Transformasi pembukuan al-Quran: Dari tradisi lisan ke inovasi digital. Jamalullail Journal, 4(1), 51–71.

Yin, R. K. (2018). Case study research and applications: Design and methods (6th ed.). Sage Publications.

Zahari, N. H. A. H., & Bidin, S. N. B. S. (2024). Trend kajian kaedah kontemporari pembelajaran al-Quran: Sorotan dari tahun 2019 hingga 2023. Journal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah, 20(2), 319–340.

Zainuddin, A. (2025). Transformasi kurikulum pendidikan Islam di era digital: Integrasi nilai keislaman dan literasi teknologi. Al Huda: Journal of Islamic Education and Society, 1(1), 1–22.

Zakaria, M. S., Samah, N. A. A., & Ahmad, A. M. (2022). Model Hafazan Al-Quran Techno Huffaz. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Zakaria, R., & Hussin, H. (2023). Peranan ibu bapa terhadap pembelajaran al-Quran secara atas talian. QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan Isu-Isu Kontemporari, 6(1), 8–15.

Downloads

Published

10-09-2026

How to Cite

Zainuddin, N. A., Bakar, M. A., Yusoff, S. I. M., Ismail, N., Zulkifli, A. S., & Hashim, N. (2026). PENGAJARAN AL-QURAN DALAM TALIAN: ANALISIS KEMAHIRAN PEDAGOGI DAN CABARAN PELAJAR PLUS TAHFIZ DI UITM PERLIS: ONLINE QURAN TEACHING: AN ANALYSIS OF PEDAGOGICAL SKILLS AND CHALLENGES AMONG PLUS TAHFIZ STUDENTS AT UiTM PERLIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 8(31), 234–262. https://doi.org/10.35631/IJMOE.831015