KEISTIMEWAAN KURIKULUM SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH CINA (SC) DALAM MENGEKALKAN IDENTITI UTAMA SEKOLAH
THE DISTINCTIVE FEATURES OF THE CURRICULUM OF SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) AND SEKOLAH CINA (SC) IN PRESERVING THE SCHOOLS' MAIN IDENTITY)
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.831016Keywords:
Kurikulum (Curriculum), Identiti Sekolah (School Identity), Pendidikan Malaysia (Malaysian Education), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah CinaAbstract
Kurikulum Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Cina (SC) mempunyai keunikan identiti agama dan etnik yang tersendiri dalam landskap pendidikan di Malaysia. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kedua-dua kurikulum ini menyumbang kepada pendidikan negara dan membuktikan bahawa kepelbagaian institusi boleh wujud bersama dalam satu sistem pendidikan kebangsaan yang kohesif. Kajian akademik yang meneliti secara komprehensif peranan dan interaksi kedua-dua kurikulum dalam kerangka pendidikan kebangsaan masih terhad, sekali gus menimbulkan keperluan untuk penyelidikan lanjut bagi mengisi jurang tersebut. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keistimewaan kurikulum Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Cina (SC) serta peranannya dalam mengekalkan identiti utama sekolah dalam landskap pendidikan Malaysia yang majmuk. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual bersama tujuh (7) informan terpilih. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kurikulum SAR dan SC berperanan besar dalam mengekalkan identiti sekolah melalui agama, bahasa, budaya dan sosial. SAR menekankan kepada pembentukan sahsiah berteraskan nilai Islam, penguasaan bahasa Arab, serta amalan rutin seperti hafazan, tilawah, zikir dan penggunaan kitab turath. Pendekatan inklusif yang menerima pelajar tanpa mengira tahap akademik menjadikan SAR sebagai penggerak pendidikan komuniti. SC pula mengekalkan identiti budaya melalui penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam konteks global. Sokongan komuniti melalui budaya pendermaan menyumbang kepada kelestarian SC, manakala penekanan terhadap disiplin, etika kerja dan keterbukaan kepada pelajar pelbagai kaum memupuk toleransi serta menarik minat pelajar bukan Cina. Kedua-dua SAR dan SC turut menyediakan laluan pensijilan lanjutan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi di dalam atau luar negara. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa kepelbagaian kurikulum SAR dan SC bukan sahaja memperkayakan modal budaya negara, malah membuktikan bahawa institusi berasaskan identiti boleh wujud bersama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang kohesif.
The curricula of Sekolah Agama Rakyat (SAR) and Chinese Schools (SC) possess distinctive religious and ethnic identities within Malaysia’s educational landscape. Despite facing various challenges, both curricula contribute to the nation’s educational diversity and demonstrate that diverse educational institutions can coexist within a cohesive national education system. Academic studies that comprehensively examine the roles and interactions of both curricula within the framework of the national education system remain limited, thereby creating the need for further research to address this gap. This study aims to analyse the distinctive features of the curricula of Sekolah Agama Rakyat (SAR) and Sekolah Cina (SC), as well as their role in preserving the schools’ core identities within Malaysia’s plural educational environment. A qualitative research approach was employed through interviews with seven (7) selected informants. The findings indicate that the curricula of SAR and SC play a significant role in maintaining school identity through religion, language, culture, and social values. SAR emphasises character development based on Islamic values, Arabic language proficiency, and routine religious practices such as Qur’anic memorisation (hafazan), recitation (tilawah), remembrance of God (zikir), and the use of classical Islamic texts (kitab turath). Its inclusive approach, which accepts students regardless of academic achievement, positions SAR as a medium for social mobility and community-based education. Meanwhile, SC preserves its cultural identity through the use of Mandarin as the medium of instruction and enhances students’ employability in a global context. Community support through a culture of philanthropy contributes to the sustainability of SC, while the emphasis on discipline, work ethics, and openness to students from diverse ethnic backgrounds fosters tolerance and attracts non-Chinese students. Both SAR and SC also provide pathways to advanced certifications, enabling students to pursue higher education locally and internationally. Overall, this study concludes that the curricular diversity of SAR and SC not only enriches the nation’s cultural capital but also demonstrates that identity-based educational institutions can coexist within a cohesive national education system.
Downloads
References
Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi & Fathiyah Burhanudin. (2021). Pelaksanaan sistem pengajian pondok di Madrasah Al-Hidayah Hukmiyah, Kedah. Jurnal Perspektif, 13(1), 14-25.
Allan Collins. (2011). Ahli pendidikan Cina di Malaysia: pejuang jati diri Masyarakat Cina. Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu, 2(2), 17-39.
Azizi Umar & Supyan Hussin. (2015). Peranan negeri dalam memperkukuhkan system madrasah di Malaysia: Kajian ke atas pelaksanaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai Sekolah Agaman Bantuan Kerajaan (SABK). Journal of Islamic and Arabic Education, 4 (1), 21-30.
Bernama. (2025, November 13). Konvensyen Pengajian Islam IPT 2025 catat sejarah, rekod kehadiran lebih 4,000 peserta. https://bernama.com/bm/news.php/?id=2490491
Chin Tek Yoong & Nur Atiqah Abdullah. (2023). Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan. Malaysian Journal of Social and Humanities. 8(1), 1-20.
Chin Tek Yoong & Nur Atiqah Tang Abdullah. (2023). Pendidikan bahasa ibunda Cina di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur. Malaysian Journal of Social and Humanities. 8 (2), 1-14.
Dong Zong. (2019). Nilai dan Pencapaian Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Selangor: United Chinese School Committees’ Association of Malaysia.
Faridah Salleh, Aisha Mat Dan, Rabi’atul Aribah Muhammad Isa, Syed Lamsah Syed Chear & Latipah Mohd Noor. (2023). Aspirasi Masyarakat Terhadap Sekolah Agama dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Jurnal Sains Insani, 8(2), 275–285.
Friday, N & Leah, N. (2024). Types of purposive sampling techniques with their examples and application in qualitative research studies. British Journal of Multidisciplinary and Advanced Studies: English Language, Teaching, Literature, Linguistics & Communication, 5(1), 90-99.
Ho, N. Y. (2015). Characteristics of Malaysian Chinese primary schools and their influence on character building. [Unpublished Doctoral Dissertation]. Asie e University.
Ismail Omar et al. (2002). Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Latar belakang dan pelaksanaannya. Prosiding Wacana Pendidikan Islam, 60-65.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021). Bahagian Pendidikan. Pengurusan Hal Ehwal Sekolah Agama.
Kamarulzaman A, G. (2020). Pengajaran Mata Pelajaran Agama Berasaskan Bahasa Arab dalam Kurikulum Bersepadu Dini. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan Dini dan Tahfiz 2020.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2021. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/laporan_dan_statistik/lp/Laporan%20Analisis%20Keputusan%20STAM%202021.pdf.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2025). Kajian impak dan hala tuju program akademik bidang Pengajian Islam 2021-2025. Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Khairi Ariffin, Mohd Kamal Kamarudin & Adnan Jusoh. (2014). Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu. Jurnal Perspektif, 6(3), 29-38.
Khoo, G. S., & Arfa, Y. (2026, Februari 6). Having pupils of different races in vernacular schools strengthens national unity, says Fadhlina. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/02/06/having-pupils-of-different-races-in-vernacular-schools-strengthens-national-unity-says-fadhlina
Malay Mail. (2026, May 15). Anthony Loke labels backlash against UEC public university access an attempt to politicise education. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/05/15/anthony-loke-labels-backlash-against-uec-public-university-access-an-attempt-to-politicise-education/220041
Marli Zainal Anshari. (2017). Transformasi paradigma manajeman keilmuan sekolah dasar menuju pendidikan dasar Islam. Fikrotuna: Jurnal Pendidikan dan Manajemen Islam, 6(2), 552-569.
Mohd Hairudin Amin, & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Sekolah Agama di Malaysia: Sejarah, Isu dan Cabaran. UTM: Penerbit UTM Press.
Mohd Nor, M. (2020). Sekolah Agama Rakyat: Peranan dan Cabaran dalam Pendidikan Islam di Malaysia. Journal of Islamic Education, 9(1), 45-58.
Nor Azlili Hassan, Mohd Syuja Saedin, Norazilah Buhari & Nik Norazira Abdul Aziz. (2025). Matlamat Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan dan Kedah dalam Mengekalkan Identiti Kurikulum Utama. Jurnal Pendidikan Malaysia. 50(1), 68-77.
Norazilah Buhari, Nor Azlili Hassan, Mohd Syuja Saedin & Nik Norazira Abdul Aziz. (2026). Strategi Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sekolah Agama Rakyat dalam Mengekalkan Identiti Kurikulum Utama: Kajian di Kedah dan Kelantan. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah, 37(1), 121-135.
Nurdin Arbain, Hendra, Khozin, Haris Abdul., Zainab Nurul, & Yahaya Mohd. Zaini. (2024). Developing the Islamic Religious Education curriculum in inclusive schools or madrasah and its implementation: A systematic literature review. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 21(1).
Routledge. (2021). The cultural legacies of Chinese schools in Singapore and Malaysia. Routledge.
Sakinatul Raadiyah Abdullah, Izatul Akmar Ismail, Nik Liyana Mustapa, Mohd Badrul Hakimi Daud & Mohd Zaidulkhair Elias. (2025). Ulasan Literatur Hubungan Antara Sokongan Zakat Pendidikan Terhadap Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar. Global Journal Al-Thaqafah, 318-336.
See, H. P. (2013). The teaching of Chinese language in Malaysian Chinese Primary Schools: subtle changes in content and objectives. Malaysian Journal of Chinese Studies, Vol. 2, No. 2, 2013, 29-43.
Tan, Y. L., Ngu, I. K., & Chew, F. P. (2017). Fenomena Pertambahan Murid Bukan Cina di SKM JKC di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Journal of Chinese Literature and Culture, 5(1), 79-100.
Tan, Y. S. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, politik dan gerakan perjuangan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
The Star. (2024, July 11). More Eyeing Chinese Schools. https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/07/11/more-eyeing-chinese-schools?utm_source=chatgpt.com.
Wong, S. B. (2025). Improving multilingual education in Malaysia: tailoring language teaching for SJKC schools. International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS) Vol. IX, Issue IV, 2025, 679-694.
Wong, S. H., & Wang, R. (2023). Chinese elementary education in Malaysia: Development through adaptation and change. Malaysian Journal of Chinese Studies, 12(2), 73-94.
Wong, Y. M. & Lee, C. H. (2020). Mandarin as a marker of ethnic identity in Malaysian Chinese education. Journal of Multilingual and Multicultural Development, 41(5), 456-470.
Yow, C. H., & Qu, J. (Eds.). (2021). The cultural legacies of Chinese schools in Singapore and Malaysia. Routledge.
