PEMILIHAN PLATFORM MEDIA SOSIAL DALAM MENYOKONG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ANTARABANGSA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SOCIAL MEDIA PLATFORM SELECTION IN ENHANCING THE TEACHING AND LEARNING OF INTERNATIONAL LANGUAGES AMONG UNIVERSITY UTARA MALAYSIA STUDENTS

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.831017

Keywords:

Bahasa Antarabangsa (International Languages), Media Sosial (Social Media), Pedagogi (Pedagogy), Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Antarabangsa (Teaching and Learning of International Languages), Platform

Abstract

Perkembangan teknologi digital telah mengubah landskap pembelajaran bahasa antarabangsa, terutamanya melalui penggunaan media sosial sebagai medium sokongan pedagogi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti platform media sosial yang dipilih serta faktor yang mempengaruhi pemilihannya. Kaedah temu bual digunakan ke atas lima (5) orang informan yang terdiri daripada pelajar bahasa Sepanyol, Jerman dan Arab. Temu bual ini dijalankan bagi memperoleh data tentang pemilihan platform media sosial dan faktor pemilihan serta penggunaan media sosial dalam pembelajaran bahasa antarabangsa. Hasil dapatan menunjukkan bahawa platform YouTube, TikTok, Instagram, Facebook dan Xiaohongshu (Red Note) merupakan antara medium yang menjadi pilihan pelajar. Faktor pemilihan adalah mudah difahami, cepat diakses, visual dan mempunyai sebutan yang menarik serta terdapat latihan interaktif. Selain itu, pemilihan juga berdasarkan faktor video yang pendek dan padat, terdapat hashtag untuk memudahkan pencarian, terdapat terjemahan segera, kandungan praktikal dan menjimatkan masa serta terdapat tahap pembelajaran yang boleh dipilih oleh pelajar. Data menunjukkan pemilihan platform media sosial ini adalah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran tatabahasa, kosa kata, struktur ayat, sebutan dan belajar daripada ayat asas kepada ayat yang kompleks serta mengetahui kaedah yang lebih baik dalam pembelajaran bahasa antarabangsa.  Kesimpulannya, pemilihan media sosial dalam pembelajaran bahasa antarabangsa bukan sahaja dipengaruhi oleh populariti platform, tetapi juga oleh ciri pedagogi yang menyokong proses pemerolehan bahasa. Kajian ini memberikan implikasi yang dapat membantu tenaga pengajar bahasa antarabangsa dalam mengenal pasti platform yang sesuai untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antarabangsa.

The advancement of digital technology has transformed the landscape of international language learning, particularly through the use of social media as a pedagogical support medium. This study examines the use of social media by students in learning international languages at Universiti Utara Malaysia. An interview method was employed involving five (5) informants consisting of students of Spanish, German, and Arabic languages. The interviews were conducted to obtain data regarding the selection of social media platforms, the factors influencing such selection, and the use of social media in international language learning.  The findings indicate that YouTube, TikTok, Instagram, Facebook, and Xiao Hong Shu (Red Note) are among the preferred platforms chosen by students due to their ease of understanding, quick accessibility, engaging visuals and pronunciation features, availability of interactive exercises, concise short videos, hashtag functions that facilitate searches, instant translation features, practical content, time efficiency, and selectable learning levels. The data further reveal that the selection of these social media platforms assists students in learning grammar, vocabulary, sentence structures, pronunciation, progressing from basic to complex sentence forms, and identifying more effective approaches to international language learning.  In conclusion, the selection of social media platforms in international language learning is influenced not only by platform popularity, but also by pedagogical features that support the language acquisition process. It is hoped that this study will assist international language educators in identifying suitable platforms for implementation in teaching and learning practices.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim, Z. Z., Azmi, D. S., & Jasmi, K. A. (2019). Media sosial dan trend penggunaan menurut Islam. In Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM'19) (pp. 1–16). Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Hamid, A. H., Abdul Hamid, Z. K., & Mansor, M. (2023). Kepelbagaian trend pelajar mengaplikasikan penggunaan media sosial dalam pembelajaran bahasa antarabangsa di Universiti Utara Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(58), 88–89.

Abdul Wahab, N., et al. (2020). Analisis keberkesanan penggunaan ICT dalam mendepani gelombang Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pelajar di Negeri Terengganu, Malaysia. Asian People Journal, 3(1), 101–109.

Andrew, F. T., Tahir, Z., Abdul Malek, J. J., & Mohd Yusof, A. R. (2020). Ketagihan penggunaan media sosial terhadap gaya hidup belia (Social media addiction affecting the lifestyles of youths). Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17(9), 126–139.

Byram, M. (1997). Teaching and assessing intercultural communicative competence. Multilingual Matters.

Cheng, C., Lau, Y.-C., Luk, J. W., & Siu, J. M. (2022). Heterogeneity of prevalence of social media addiction across multiple classification schemes: Latent profile analysis. Journal of Medical Internet Research, 24(1), e27000. https://doi.org/10.2196/27000

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research design: qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (5th ed.). SAGE Publications.

Fitriani, Y. (2021). Pemanfaatan media sosial sebagai media penyajian konten edukasi atau pembelajaran digital. JISAMAR (Journal of Information System, Applied, Management, Accounting and Research), 5(4), 1006–1013.

Fuja, S., & Raharja, R. M. (2021). Pemanfaatan media sosial (Instagram) sebagai media penyajian kreasi seni dalam pembelajaran. JPKS (Jurnal Pendidikan dan Kajian Seni), 6(1).

Hassan, F., Yusoff, S., Rahman, S. H., Othman, S. S., Omar, S. Z., & Ali, K. (2021). Media sosial dan terrorisme: Partisipasi dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ulum Islamiyyah, 33(3), 221–235.

Husain, S., Darmi, R., Mohd Jalis, F. M., Mohd Nor, M., & Ismail, R. (2022). Student feedbacks on the use of technology in learning Spanish: Maklum balas pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran Bahasa Sepanyol. Law, Policy, and Social Science, 1(2), 17–25. https://doi.org/10.55265/lpsjournal.v1i2.15

Hussin, S. H., & Abu Bakar, N. H. (2023). Motivasi dan penggunaan Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Trends in Undergraduate Research, 6(1), f32–f41.

Ibrahim, N. A. N., Jamri, M. H., Abdul Rani, N. S., & Khairuddin, K. (2024). Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui platform media sosial. e-Journal of Media and Society (e-JOMS), 7(2), 121-129.Kirin, A., & Warman, A. B. (2023). Impak penggunaan aplikasi TikTok terhadap gaya hidup pelajar UTHM Pagoh. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(2), e002137. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2137

Manap, F. F., & Abdul Karim, A. (2017). Pengaplikasian media sosial sebagai alternatif pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar pengajian tinggi. In Prosiding International Conference on Learning Innovation and Quality Education (2nd Series).

Mazni, M. M., Mohd Ahyan, N. A., Jambari, H., Noh@Seth, N. H., & Pairan, M. R. (2023). Persepsi pelajar tahun akhir bidang TVET terhadap penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Innovative Teaching and Learning Journal, 7(1), 28–41. https://doi.org/10.11113/itlj.v7.98

Mohd Hamizi, M. A. F., & Hamzah, I. S. (2023). Penggunaan media sosial sebagai media baharu dan impaknya terhadap masyarakat Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15, 24–37. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.3.2023

Nasruddin, M. N. E., & Ramli, Z. (2020). Keberkesanan media massa dan media sosial kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu penjagaan warisan negara. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 4(1), 1–14.

Nasution, A. (2020). Integrasi media sosial dalam pembelajaran Generasi Z. JTIP, 13(1), 80–86.

Saeed, R., & Salloum, S. A. (2021). An integrated model of continuous intention to use of Google Classroom. In Recent advances in intelligent systems and smart applications (pp. 311–335). Springer. https://doi.org/10.1007/978-3-030-47411-9_18

Salsabila, O. N. (2026). Revolusi Digital Pandai-Ulang Kaji Pintar: Transformasi Pendidikan Melalui Teknologi Pintar. Afdan Rojabi Publisher.

Ugartini Magesvaran. (2021). Tahap pengetahuan dan kekangan yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu ketika menggunakan aplikasi Google Meet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Malay Language Education Journal), 11(2), 39–53.

Wen, E. Z., Husain, K., Jamal, J. A., & Jalil, J. (2025). Tinjauan Terhadap Pendekatan Pembelajaran Farmasi Dalam Talian. Malaysian Journal of Health Sciences/Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 23(2), 155

Yun Xuan, N., & Kutty, F. M. (2022). Potensi penggunaan media sosial terhadap kemahiran komunikasi interpersonal guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(3), e001375.

Zamri, F. A. (n.d.). Penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di IPT (Unpublished thesis). Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Downloads

Published

10-09-2026

How to Cite

Mansor, M., Hamid, Z. K. A., Hamid, A. H. A., & Ahmad, A. (2026). PEMILIHAN PLATFORM MEDIA SOSIAL DALAM MENYOKONG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ANTARABANGSA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA: SOCIAL MEDIA PLATFORM SELECTION IN ENHANCING THE TEACHING AND LEARNING OF INTERNATIONAL LANGUAGES AMONG UNIVERSITY UTARA MALAYSIA STUDENTS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 8(31), 282–296. https://doi.org/10.35631/IJMOE.831017