AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK JUVANA DI SEKOLAH PEMULIHAN
TEACHING AND LEARNING PRACTICE FOR JUVENILE IN REHABILITATION SCHOOL
Keywords:
Pendidikan Juvana, Constructivist Grounded Theory, Sekolah Pemulihan, Cara Pengajaran GuruAbstract
Seperti yang termaktub dalam Dasar Kanak-Kanak Negara, semua kanak-kanak diwajibkan untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Kenyataan ini juga merangkumi golongan juvana kerana mereka masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Namun begitu, tidak mudah untuk menyampaikan ilmu kepada golongan kanak-kanak delinkuen ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan meneroka amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian buat juvana berpandukan objektif untuk meneroka bagaimana pengajaran dilaksanakan oleh guru kepada golongan ini. Secara spesifiknya, kajian ini berlangsung di tiga zon sekolah pemulihan Tunas Bakti yang berbeza. Bagi menjalankan objektif ini, pendekatan kualitatif, iaitu reka bentuk Constructivist Grounded Theory (CGT) telah digunakan sepanjang kajian dijalankan. Melalui pensampelan bertujuan, seramai 23 orang responden yang merangkumi 18 orang guru, tiga orang pentadbir dan lima orang pakar pendidikan telah dipilih. Tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual secara mendalam, pemerhatian di lapangan dan analisis dokumen juga telah digunakan dalam kajian ini. Seterusnya, analisis data secara tematik diketengahkan bagi menjawab objektif kajian. Dapatan mendapati bahawa terdapat tiga pendekatan yang telah digunakan oleh guru untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan berlaku dalam kalangan juvana. Antaranya ialah pembelajaran secara berulangan, pelaksanaan aktiviti permainan dan tayangan video. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga pendekatan ini mampu memberikan kesan positif terhadap objektif kajian dan implikasinya. Turut diharapkan, kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran untuk juvana di sekolah pemulihan. Pendidikan Juvana, Constructivist Grounded Theory, Sekolah Pemulihan, Cara Pengajaran Guru