PELANCONGAN BERASASKAN FILEM DAN PENGARUHNYA TERHADAP RESOLUSI GOLONGAN BELIA UNTUK MELANCONG
Keywords:
Pelancongan, Filem, Melancong, TrendAbstract
Fenomena pelancongan berasaskan filem ini amat mengejutkan industri. Ianya adalah kerana terdapat ramai orang yang ingin melancong untuk masa lapang mereka dan sebahagian daripadanya ingin melancong hanya untuk melarikan diri seketika dari rutin mereka yang sibuk. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh belia di Malaysia untuk melancong di destinasi pelancongan berasaskan filem. Objektif penyelidikan ini adalah: 1. Untuk mengenalpasti sekiranya golongan belia ini terpengaruh oleh filem-filem popular ketika membuat pilihan destinasi dan jika filem tersebut boleh mencipta niat untuk melancong, 2. Untuk mengetahui bagaimana watak pelakon dapat mempengaruhi niat melancong golongan belia, 3. Menyiasat trend yang mempengaruhi niat belia untuk melancong. Pembolehubah bebas untuk kajian ini adalah mengenai imej destinasi, watak pelakon dan trend. Untuk pemboleh ubah bersandar ianya mengenai niat melancong golongan belia. Kajian ini akan menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif. Responden untuk kajian ini melibatkan golongan belia di Malaysia dari umur 15
hingga 24 tahun. Responden dipilih menggunakan persampelan yang mudah. Sementara itu, borang soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data dikumpulkan dengan menggunakan pengedaran Google Form. Data kajian ini dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Analisis yang digunakan untuk kajian ini adalah analisis deskriptif, analisis regresi, analisis korelasi dan analisis kekerapan. Objektif kajian ini disokong oleh analisis korelasi manakala semua hipotesis disokong oleh tiga pembolehubah bebas iaitu imej destinasi, watak pelakon dan trend.