PENGARUH KEPEMIMPINN INSTRUKSIONAL PENGETUA, KOMPETENSI PEDAGOGI DAN IKLIM ORGANISASI TERHADAP PRESTASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI TENGGARA SABAH

Authors

  • Shamsir Nureddin Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Keywords:

Kepemimpinan Instruksional, Kompetensi Pedagogi, Iklim Orgnaisasi, Prestasi Kerja Guru

Abstract

Kertas konsep ini membincangkan kepemimpinan instruksional pengetua, kompetensi pedagogi guru dan iklim organisasi terhadap prestasi kerja guru sekolah menengah di Tenggara Sabah. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitatif dan akan menggunakan reka bentuk kajian bukan eksperimen. Selain itu, kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan, dan sampelnya akan terdiri daripada 346 guru sekolah menengah di Tenggara negeri Sabah, yang akan dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah.  Selain itu, borang soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan data mentah. Ujian Korelasi Pearson dan Regresi Berganda menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPPS) akan digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan ini dijangka memberi sumbangan penting kepada pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja guru di sekolah menengah. Implikasi praktikal daripada penyelidikan ini ialah perlunya perhatian yang lebih besar terhadap pembangunan kepimpinan instruksional pengetua, pembangunan kompetensi pedagogi guru, dan penambahbaikan iklim organisasi di sekolah sebagai usaha meningkatkan prestasi kerja guru dan kualiti pendidikan keseluruhan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Shamsir Nureddin, & Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli. (2024). PENGARUH KEPEMIMPINN INSTRUKSIONAL PENGETUA, KOMPETENSI PEDAGOGI DAN IKLIM ORGANISASI TERHADAP PRESTASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI TENGGARA SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/4151