KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA, PENGURUSAN REFORMASI DAN MOTIVASI KERJA TERHADAP PRESTASI KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH
Keywords:
Kepimpinan Transformasi, Pengurusan Refomasi, Motivasi Kerja, Prestasi Kerja Guru, Sekolah MenengahAbstract
Kertas Konsep ini membincangkan kepimpinan transformasi pengetua, pengurusan reformasi dan motivasi kerja terhadap prestasi kerja guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kauntitatif bukan eksperimen iaitu reka bentuk tinjauan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Fokus kajian ini adalah sekolah- sekolah menengah di negeri Sabah sahaja. Populasi dalam kajian ini melibatkan semua guru sekolah menengah yang mengajar di sekola negeri Sabah dengan 377 orang responden. Teknik pensampelan menggunakan pensampelan rawak mudah. Selain itu soal selidik digunakan untuk mendapatkan data mentah. Data mentah akan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan perisian AMOS (Analysis Moment of Structure) untuk mendapatkan Kolerasi Pearson dan Regrasi Berganda. Kajian ini dijangka akan memberi sumbangan penting kepada prestasi kerja guru di sekolah. Dengan itu, faktor-faktor dalaman sekolah, isu kualiti kehidupan kerja guru, dan motivasi guru harus diberikan perhatian dalam kegiatan penyelidikan dan pelaksanaan polisi bagi meningkatkan prestasi kerja guru di sekolah.