PENDIDIKAN AWAL HIV/AIDS DALAM KALANGAN REMAJA PERTENGAHAN DI PULAU PINANG: MODEL KEPERCAYAAN KESIHATAN

Authors

  • Farhana Kamarul Bahrin Universiti Sains Malaysia
  • Azlinda Azman Universiti Sains Malaysia
  • Masarah Mohamad Yusof Universiti Sains Malaysia
  • Mahathir Yahaya Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Pendidikan HIV/AIDS, Model Kepercayaan Kesihatan, Pendidikan Kesihatan Awam, Kesedaran Awam, Remaja Pertengahan

Abstract

Organization, 2018). Pendidikan HIV/AIDS untuk orang muda memainkan peranan yang penting dalam menamatkan wabak AIDS secara global. Kementerian Kesihatan Malaysia (2017) telah melaporkan hampir 85% jangkitan HIV pada tahun 2016 adalah melalui aktiviti seks. Pada tahun 2016 sebanyak 103 kes jangkitan baru HIV/AIDS yang melibatkan umur 13 tahun – 19 tahun (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017) telah dilaporkan. Kajian ini telah melibatkan seramai 600 orang pelajar sekolah berumur 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun di Pulau Pinang, melalui tiga sesi yang melibatkan ujian pra, intervensi dan ujian pasca. Perisian SPSS 22.0 telah digunakan bagi menganalisis dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perubahan yang positif terhadap tahap tingkah laku para responden setelah proses intervensi dijalankan. Hasil ujian hipotesis mendapati terdapat perubahan pada tingkah laku negatif responden selepas menerima intervensi berbentuk maklumat mengenai HIV/AIDS (t= -8.716 dan sig. < 0.05 dan min tingkah laku pasca 4.067 adalah lebih tinggi daripada jumlah min tingkah laku pra iaitu 3.829). Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa pendidikan kesihatan awam pada peringkat awal dapat mengurangkan tingkah laku berisiko remaja pertengahan berdasarkan pengetahuan asas mengenai HIV/AIDS yang mereka terima.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Farhana Kamarul Bahrin, Azlinda Azman, Masarah Mohamad Yusof, & Mahathir Yahaya. (2024). PENDIDIKAN AWAL HIV/AIDS DALAM KALANGAN REMAJA PERTENGAHAN DI PULAU PINANG: MODEL KEPERCAYAAN KESIHATAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 1(5). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/656