KEGUNAAN DAN KEPUASAN APLIKASI WHATSAPP DALAM KALANGAN WARGA SEPARUH UMUR DI MACHANG KELANTAN

Authors

  • Mohd Zuwairi Mat Saad Universiti Utara Malaysia
  • Nurul Fatin Azizi Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Kegunaan Dan Kepuasan, Teknologi, Komunikasi, Aplikasi Interaktif, Internet

Abstract

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini telah menyebabkan teknologi komunikasi turut berubah. Budaya komunikasi kurang memberikan fokus antara manusia dengan manusia malahan lebih kepada interaksi antara manusia dengan peranti. Kebanyakan manusia menggunakan internet sebagai medium untuk berhubung dan sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada manusia kini. Kebiasaannya remaja sering dikaitkan dengan teknologi, namun kurang terhadap warga separuh umur. Malah, kepuasan yang diperolehi manusia juga turut menyumbang kepada penggunaan aplikasi WhatsApp. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tujuan penggunaan WhatsApp dalam kalangan warga separuh umur. Selain itu, mengenal pasti kepuasan yang diperoleh oleh warga separuh umur apabila menggunakan WhatsApp di samping mengenal pasti persepsi mereka terhadap WhatsApp. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam mengumpul data yang melibatkan temu bual yang lebih mendalam dijalankan. Seramai lapan orang informan telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan bagi menjawab persoalan kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis melalui kaedah analisis tematik menggunakan software Nvivo v.8. Hasil kajian mendapati bahawa tujuan penggunaan WhatsApp adalah untuk bersosial, hiburan, mendidik, promosi dan menyampaikan maklumat. Bagi kepuasan pula, elemen yang dikenal pasti ialah disebabkan oleh mudah dan cepat, mesej mudah difahami, merapatkan yang jauh, memberikan maklumat dan meluas. Manakala, bagi bahagian ketiga iaitu persepsi dapat dikelaskan kepada negatif dan positif. Penggunaan WhatsApp boleh dikatakan agak penting dalam kalangan warga separuh umur sebagai medium komunikasi interpersonal. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membantu kajian yang akan datang untuk dijadikan sebagai satu panduan dalam skop yang hampir sama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Mohd Zuwairi Mat Saad, & Nurul Fatin Azizi. (2024). KEGUNAAN DAN KEPUASAN APLIKASI WHATSAPP DALAM KALANGAN WARGA SEPARUH UMUR DI MACHANG KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(6). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/661