AMALAN KEPIMPINAN MULTIDIMENSI PENGETUA DAN HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA

Authors

  • Azmira Ali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Izham Mohd Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Multidimensi, Kepuasan Kerja Guru, Pengetua, Guru

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka dan menganalisis kepimpinan multidimensi pengetua dan hubungan dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Melaka Tengah Melaka. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan multidimensi iaitu kepimpinan struktural, simbolik, sumber manusia dan politik, mengenal pasti tahap amalan kepuasan kerja guru iaitu keperluan keberadaan, keperluan hubungan dan keperluan pertumbuhan, mengenal pasti hubungan kepimpinan multidimensi dengan kepuasan kerja guru dan melihat pengaruh kepimpinan multidimensi pengetua terhadap kepuasan kerja. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian seramai 355 orang guru di 39 buah sekolah menengah di daerah Melaka Tengah. Soal selidik Leadership Orientation (LO) digunakan bagi meneroka amalan kepimpinan multidimensi pengetua. Soal selidik Job Satisfaction ERG Alderfer (JSERGA) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan multidimensi menurut persepsi guru dengan nilai min kepimpinan struktural(min=4.090), kepimpinan simbolik(min=4.008), kepimpinan sumber manusia(min=3.921), kepimpinan politik(min=3.963). Tahap kepuasan guru nilai min keperluan keberadaan(min=3.904), keperluan hubungan(min=3.949), keperluan pertumbuhan(min=3.783). Seterusnya terdapat hubungan antara amalan kepimpinan multidimensi dengan kepuasan kerja guru. Dapatan menunjukkan tahap amalan sederhana. Seterusnya pengaruh kepimpinan multidimensi terhadap kepuasan kerja guru pada nilai r² 0.399%. menunjukkan pengaruh kepimpinan multidimensi terhadap kepuasan kerja guru tidak menyumbang masih terdapat faktor lain yang mempengaruhi. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa kepimpinan multidimensi ada diamalkan oleh pengetua sekolah menengah dan memiliki hubungan dengan kepuasan kerja. Implikasi kajian menunjukkan perlu pendedahan gaya kepimpinan multidimensi pengetua bahawa untuk memahami persekitaran sekolah yang bersesuaian dengan situasi untuk membantu memperjelaskan perspektif kerja terhadap keperluan sekolah serta memberi penekanan kepada empat rangka kepimpinan multidimensi dengan seimbang supaya pengetua dapat mengamalkannya secara optimum. Kesimpulannya, kepimpinan multidimensi pengetua ada diamalkan oleh pengetua sekolah menengah di daerah Melaka Tengah dan hubunganya dengan kepuasan kerja guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Azmira Ali, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2024). AMALAN KEPIMPINAN MULTIDIMENSI PENGETUA DAN HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH MELAKA TENGAH, MELAKA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/671