APLIKASI DAN PERSEPSI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BIDANG SENI DIGITAL DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA

Authors

  • Ida Puteri Mahsan Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Muliyati Mat Alim Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Norlis Ismail Universiti Tunku Abdul Rahman

Keywords:

Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pensyarah

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Selain itu, persepsi beberapa orang pensyarah yang terlibat juga diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kebolehpercayaan data dilakukan melalui triangulasi dan penilaian tiga orang pakar. Informan kajian adalah terdiri daripada lima orang pensyarah daripada lima buah IPT di semenanjung Malaysia yang menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni grafik, multimedia dan animasi. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi PBP dilihat daripada aspek rancangan tugasan, proses perkembangan idea, sesi kritikan, konsultansi, pembentangan dan pameran seni. Manakala persepsi pensyarah terhadap PBP dapat dilihat daripada ciri-ciri PBP yang menekankan tugasan berorientasikan produk, asas kemahiran, pembelajaran bersepadu, dan pembelajaran autentik. Dapatan juga menunjukkan penekanan PBP terhadap pembelajaran yang berorientasikan industri dapat membentuk pelajar-pelajar yang inovatif dan produktf. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan konsep PBP mampu dijadikan sebagai salah satu pendekatan alternatif dalam pembelajaran dan pengajaran bagi membina modal insan pada abad ke-21 ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Ida Puteri Mahsan, Muliyati Mat Alim, & Norlis Ismail. (2024). APLIKASI DAN PERSEPSI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BIDANG SENI DIGITAL DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/673