PENGGUNAAN MODEL 3 DIMENSI FASA-FASA BULAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID BAGI KONSEP FASA-FASA BULAN

Authors

  • Nur Izyan Shafinaz Aznan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zolkepeli Haron Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Model 3 Dimensi Fasa-Fasa Bulan, Penguasaan Murid, Konsep Fasa-Fasa Bulan

Abstract

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi mengatasi masalah penguasaan konsep fasa-fasa Bulan bagi murid tahun 5. Model 3 dimensi fasa-fasa Bulan digunakan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam konsep fasa-fasa Bulan. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat jika adanya peningkatan motivasi murid untuk mempelajari konsep fasa-fasa Bulan dengan menggunakan model fasa-fasa Bulan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi menambah baik amalan pengajaran penyelidik bagi konsep fasa-fasa Bulan melalui pengaplikasian model fasa-fasa Bulan. Kajian tindakan ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian yang terdiri daripada murid tahun 5. Seramai 37 orang murid yang berprestasi sederhana daripada jumlah keseluruhan 236 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Cheras telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan model 3D fasa-fasa Bulan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian ujian pasca sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian objektif untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan murid terhadap penggunaan model fasa-fasa Bulan, analisis bilangan soalan yang dapat dijawab pada lembaran latihan pengukuhan dan temu bual murid secara separa berstruktur. Analisis data dilakukan menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca. Manakala tahap penerimaan murid terhadap model fasa-fasa Bulan adalah pada tahap sederhana positif. Secara keseluruhan, penggunaan model fasa-fasa Bulan memberi sumbangan dalam meningkatkan penguasaan murid bagi konsep fasa-fasa Bulan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Nur Izyan Shafinaz Aznan, & Zolkepeli Haron. (2024). PENGGUNAAN MODEL 3 DIMENSI FASA-FASA BULAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID BAGI KONSEP FASA-FASA BULAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/680