PENILAIAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN: MODEL CIPP SEBAGAI ASAS

Authors

  • Surendran Sankaran Universiti Utara Malaysia
  • Norazlinda Saad Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Penilaian Program, Sarjana Muda, Pendidikan, Model CIPP

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program terhadap Keberkesanan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian adalah 520 orang pelajar ISMP di Universiti Utara Malaysia. Pemilihan responden kajian ini dibuat dengan menggunakan persampelan berstrata tidak berkadaran berdasarkan program pengajian dan persampelan rawak mudah. Data kajian telah dikumpul daripada sampel seramai 219 orang pelajar ISMP. Soal selidik kajian ini mengandungi 30 item dan mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.96. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa variabel Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP mempunyai pengaruh signifikan dan positif terhadap Keberkesanan Program ISMP. Variabel-variabel Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program menjadi peramal yang signifikan kepada Keberkesanan Program ISMP. Ini menjelaskan bahawa kedua-dua variabel tersebut perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan program ISMP supaya dapat mewujudkan program yang berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Surendran Sankaran, & Norazlinda Saad. (2024). PENILAIAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN: MODEL CIPP SEBAGAI ASAS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(8). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/686