ANALISIS BIBLIOMETRIK BAGI KAJIAN PERAKAUNAN MASJID
Keywords:
Bibliometrik, Perakaunan, Masjid, Pengurusan, DanaAbstract
Peranan masjid bukan sekadar tempat melakukan ibadah dan aktiviti keagamaan sahaja malah ia mencakupi tempat membina perpaduan, menjaga kebajikan dan membantu menjana ekonomi ummah, khususnya masyarakat setempat. Bagi memastikan masjid dapat berfungsi dengan baik, rekod perakaunan dan pelaporan kewangan masjid yang baik adalah sangat penting. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kajian-kajian terdahulu telah dilakukan dalam bidang perakaunan masjid. Metodologi yang digunakan adalah menggunakan kaedah analisis bibliometrik ke atas artikel-artikel yang dikumpulkan dari pangkalan data Scopus. Hasil kajian mendapati bahawa kajian mengenai perakaunan masjid hanya mula diterbitkan dalam jurnal berindeks Scopus pada tahun 2011 dan sehingga 2018, terdapat hanya 10 artikel telah diterbitkan. Kebanyakkan artikel telah diterbitkan pada 2016 dan majoriti penulisnya adalah orang Muslim. Tumpuan bidang kajian perakaunan masjid adalah dalam bidang perniagaan, pengurusan, perakaunan, kejuruteraan dan sains alam sekitar dan majoriti kajian dijalankan di negara-negara yang mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Dapatan kajian ini dapat memberikan gambaran umum tentang penyelidikan semasa mengenai perakaunan masjid, trend, dan arah masa depan penyelidikan yang berkaitan dengannya.