KEUSAHAWANAN SOSIAL INSTITUSI MASJID PEMANGKIN MODAL INSAN BERKUALITI

Authors

  • Mohd Ikhmal bin Fadzil Kolej SEGI Pulau Pinang
  • Mohd Ainuddin Iskandar Lee Universiti Utara Malaysia
  • Kamarul Azman bin Khamis Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Keusahawanan, Keusahawanan Sosial, Institusi Masjid, Modal Insan, Pengurusan

Abstract

Keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi sosial dengan imej perniagaan seperti disiplin, inovasi dan penentuan. Selain itu, keusahawanan sosial menggunakan pendekatan keusahawanan untuk membongkar masalah sosial dan menanganinya dengan cara yang mendatangkan kemenangan kepada kedua-dua pihak. Bidang keusahawanan juga merupakan satu ibadah dan ia mampu menarik lebih ramai ahli masyarakat memakmurkan diri dengan masjid. Kewujudan pusat aktiviti ekonomi di perkarangan masjid memberi nafas baru. Institusi masjid dapat diperkukuhkan lagi peranannya dengan mewujudkan aktiviti bernilai keusahawanan bagi menjana ekonomi masjid di samping membantu kembali institusi masjid dalam melaksanakan program-program berkesan untuk pengimarahan masjid melalui dana daripada aktiviti keusahawanan sosial. Penulisan konseptual ini mendapati terdapat beberapa permasalahan yang wujud dalam institusi masjid. Antara permasalahan utama yang digariskan dalam pelan strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah pengurusan institusi masjid yang tidak efisien yang memberi gambaran kurang baik kepada pihak pengurusan Institusi Islam dan masalah jumlah pengimarahan masjid. Objektif kajian ini adalah untuk menilai peranan pengurusan institusi masjid di Seberang Perai Utara dalam menjayakan keusahawanan sosial untuk menangani persepsi negatif terhadap pihak pengurusan masjid dan menentukan program-program keusahawanan sosial terbaik bagi institusi masjid dalam meningkatkan jumlah pengimarahan institusi masjid.Usaha murni institusi masjid dalam membangunkan keusahawanan sosial mampu menaikkan imej positif bukan sahaja kepada pihak pentadbiran masjid malahan pihak pentadbir hal ehwal Islam di negeri Pulau Pinang. Dengan adanya kajian menyeluruh bagi mengenalpasti peranan pengurusan masjid yang terbaik dan program keusahawanan sosial yang terbaik maka ianya dapat digunapakai oleh institusi masjid bagi menambah pendapatan sekaligus meningkatkan capaian modal insan melalui pengimarahan masjid secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Mohd Ikhmal bin Fadzil, Mohd Ainuddin Iskandar Lee, & Kamarul Azman bin Khamis. (2024). KEUSAHAWANAN SOSIAL INSTITUSI MASJID PEMANGKIN MODAL INSAN BERKUALITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/693