PENGARUH SOSIOEKONOMI KELUARGA TERHADAP KECICIRAN PELAJAR-PELAJAR INDIA: KAJIAN KES DI DAERAH KUALA MUDA KEDAH

Authors

  • TH.Subra Universiti Utara Malaysia
  • Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah Universiti Utara Malaysia
  • Kala Devi Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Pelajar India, Keluarga, Keciciran Pelajar, Pendapatan B40

Abstract

Masalah keciciran pelajar India wajar diberi perhatian terutama yang melibatkan golongan isi rumah yang berpendapatan rendah (B40). Terdapat pelbagai faktor pendorong kepada keciciran pelajar India di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor sosioekonomi keluarga dan komitmen ibu bapa terhadap keciciran pelajar India. Objektif kajian adalah mengenal pasti pengaruh sosioekonomi keluarga dan komitmen ibu bapa terhadap keciciran pelajar India; mengetahui implikasi kadar keciciran pelajar India dan mengenal pasti langkah-langkah untuk membendung masalah keciciran pelajar India. Kajian ini dijalankan di beberapa kawasan terpilih di Kedah, Malaysia melibatkan pelajar-pelajar India sekolah menengah daerah Kuala Muda, Kedah. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif dan kajian ini tidak dapat diperluaskan di negeri-negeri lain kerana penyelidik menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumentasi. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 5 orang pelajar tercicir yang rata-ratanya datang dari keluarga B40. Hasil dapatan kajian menunjukan bahawa pengaruh sosioekonomi keluarga yang rendah dan kurang komitmen ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak antara penyumbang kepada masalah keciciran pelajar di alam persekolahan. Implikasi keciciran pelajar India turut dibincangkan dan beberapa cadangan dikemukakan untuk mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan pelajar India.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

TH.Subra, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, & Kala Devi. (2024). PENGARUH SOSIOEKONOMI KELUARGA TERHADAP KECICIRAN PELAJAR-PELAJAR INDIA: KAJIAN KES DI DAERAH KUALA MUDA KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(9). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/699