PEMBANGUNAN INOVASI MY WAKTU SOLAT
Keywords:
Chatbot, Solat, JAKIM, TelegramAbstract
MY Waktu Solat adalah sebuah chatbot yang dibangunkan bagi memudahkan umat Islam mendapatkan maklumat mengenai waktu solat mengikut kawasan pengguna melalui aplikasi perbualan media sosial, Telegram. Ianya juga dilengkapi dengan ciri memberi peringatan waktu solat pada awal waktu melalui pesanan berupa teks seperti seseorang yang menghantar teks perbualan. Chatbot ini juga boleh digunapakai dan sertai group atau supergroup seperti pengguna lain di Telegram untuk memberi peringatan waktu solat di group tersebut. Ciri ini juga boleh diaplikasikan kepada mereka yang mempunyai channel di Telegram. Data waktu solat yang digunakan sebagai rujukan bagi kesemua waktu solat dan kawasan diambil dari laman sesawang JAKIM. Fokus utama MY Waktu Solat ini adalah untuk meluaskan penyampaian maklumat mengenai waktu solat dan mengingatkan pengguna apabila masuknya waktu solat terutama kepada mereka yang tidak mempunyai ruang simpanan yang mencukupi untuk memuat turun aplikasi waktu solat seperti yang tersedia di App Store.