PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH: MENEROKA PENGALAMAN DAN IMPLIKASI PESALAH MUDA

Authors

  • Abd Rahman Mat Nordin University Pendidikan Sultan Idris
  • Abdul Talib Hashim University Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

Pesalah Muda, Konflik, Undang-undang, Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat

Abstract

Kajian ini adalah mengenai Perintah Khidmat Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah: Meneroka pengalaman dan implikasi pesalah muda. Kajian ini bertujuan untuk menerokai pengalaman dan proses penangkapan pesalah muda hingga dilokapi oleh pihak polis dan menerokai implikasi pesalah muda dilokapi oleh pihak polis. Kajian dijalankan mengikut pendekatan kajian kes dan menggunakan istrumen analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan isu pengalaman dan proses pesalah muda ditangkap hinggalah dilokapi oleh pihak polis adalah isu, ugutan memukul sepupu, menunggang motosikal tanpa lesen, menunggang motosikal secara melulu, memiliki motosikal terpakai tetapi nombor pendaftaran palsu dan mencuri dan menjual motosikal curi. Manakala isu implikasi pesalah muda dilokapi oleh pihak polis, isu bersabit terlibat dalam tingkah laku jenayah hingga dijatuhi Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat. Kajian yang lebih komprehensif wajar dijalankan di seluruh Negeri Perak bagi meneroka peranan Perintah Khidmat Masyarakat berkaitan pesalah muda terlibat dalam tingkah laku jenayah kali pertama sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-08-12

How to Cite

Abd Rahman Mat Nordin, & Abdul Talib Hashim. (2024). PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH: MENEROKA PENGALAMAN DAN IMPLIKASI PESALAH MUDA. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2(10). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/708